Bicara Azam Kewangan pada Selasa 30 Disember 2008 di Malaysia Hari Ini, TV3. Kepada Tuan dan Puan yang ada kelapangan pada pagi 30 Disember ini boleh mengikuti bicara tersebut.
Setiap kali menjelang tahun baru, perkara yang tidak dapat ditinggalkan adalah ‘Apakah azam kita pada tahun baru nanti?’ Cuma pada kali ini, kita membicara satu dari cabang azam yang ada iaitu ‘Azam Kewangan 2009’.
Jika diizinkan oleh Tuhan, kali ini kita dapat memperincikan keazaman kita dan memfokus pada ‘kewangan’ yang menjadi sebab paling utama 90 peratus individu yang bekerja.
Semoga bicara ini memberikan manfaat yang terbaik kepada kita semua dalam menikmati hasil yang terbaik dalam mencapai impian kewangan di 2009 nanti.
Pingback: Membina Dimensi Sebenar di www.shamsuddinkadir.com » Blog Archive » Tetamu SK: Azam Kewangan 2009