Sepanjang kajian yang dilakukan, saya dapati ada banyak individu yang memiliki aksesori yang berlebihan dan juga yang di luar kemampuan individu tersebut bagi memilikinya pada waktu tersebut.
Contoh yang paling mudah adalah handphone yang dimiliki oleh setiap individu yang bekerja dan anak-anak. Kegunaan paling asas handphone adalah supaya kita dapat menghubungi dan dihubungi dengan segera pada bila-bila masa.
Jenis handphone yang dijual di pasaran ada menawarkan dengan fasiliti yang paling minimum sehinggalah yang menawarkan pelbagai fasiliti yang kita mungkin tidak perlukan.
Persoalannya adakah berbaloi kita membayar untuk sesuatu fasiliti yang kita tidak perlukan?
Fasiliti-fasiliti yang ektra ini membolehkan kita berbelanja ekstra. Contohnya apabila kita membeli rumah yang besar, sudah pasti banyak perabut yang perlu dibeli, dan perabut dan peralatan seperti set sofa, peti sejuk di beli yang besar-besar. Apabila kita membeli rumah yang kecil seperti apartmen, sudah pasti kita tidak akan membeli peti sejuk 5 pintu. Semakin banyak ruang yang kita beli, semakin banyak peluang untuk kita berbelanja. Semakin banyak yang kita belanja, semakin hilang peluang untuk kita mempunyai simpanan yang banyak dan membantu kita mendapat duit secara berterusan.
Apabila kita ingin kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu dan yang membebankan kita pada esok hari, hadkan jumlah ruang untuk berbelanja yang kita ada.
Bagi mencari peluang memperbanyakan harta, kita perlu cari, buka, cipta sebesar-besarnya ruang ianya berlawan dengan ruang yang lebih kecil disediakan bagi berbelanja.
Sehingga hari ini, saya pernah membeli handphone sekali sahaja iaitu pada sekitar tahun 2000 (saya tidak ingat dengan tepat) iaitu Nokia 3210. Saya membeli handphone tersebut bagi dipinjamkan kepada kawan saya, kerana saya ingin membantu beliau menjadi Usahawan.
Selepas tempoh pinjaman percuma berakhir, saya mendapat kembali telefon berkenaan dan mengunakannya sendiri. Yang sedihnya handphone itu rosak pada sekitar tahun 2006/2007. Selepas itu saya mendapat hadiah dari seorang ahli keluarga sebuah handphone Nokia Model 6020 yang berharga kurang daripada RM 400.00 selepas melihat handphone yang saya guna itu terlalu daif (baginya). Sehingga ke hari ini saya masih mengunakannya. Sehingga kini kos yang saya bayar bagi kegunaannya hanyalah SMS dan bil panggilan telefon. Saya tidak pernah melanggan ring tones, sebarang info…
Insyaa-Allah saya akan membeli handphone kedua dalam hidup saya dalam tahun 2009 nanti, bagi memudahkan saya menguruskan semua program kursus, ceramah dan aktiviti yang saya hadiri dengan lebih mudah.
Apabila kita membeli handphone yang paling canggih, apabila kita berkata “Hello”, orang yang menerima pangilan kita tetap mendengar “Hello”, sama dengan apa yang boleh dibuat dengan sebuah handphone Nokia 3210 yang turut digunakan oleh isteri saya sejak 2001 sehingga kini.
Berapakah duit yang kita dapat kurangkan daripada terlepas tangga ke peniaga kedai handphone, apabila memilih mengunakan telefon yang masih dapat memenuhi keperluan harian kita?