Tazkirah Kewangan
“Menjadikan Masjid Pusat Kecemerlangan Ekonomi dan Kewangan Ummah”
Ringkasan Eksekutif
Umat Islam menjadikan Masjid dan Surau sebagai tempat beribadah dan menambah ilmu pengetahuan untuk dijadikan panduan hidup. Tetapi bagaimana jika mereka tidak berjaya mengharungi hidup disebabkan bebanan kos sara hidup yang berpunca daripada kesilapan menguruskan wang? Apa yang berlaku jika mereka terus melakukan kesilapan dan dibebani dengan hutang piutang yang semakin bertambah dan ditambah dengan bebanan kos sara hidup mereka yang meningkat ?
Ketika ini, kita dikejutkan dengan pendedahan orang Islam yang banyak menghadapi tekanan akibat bebanan hutang dan ramai yang sudah menjadi muflis. Ramai juga orang Islam yang terlibat dengan sistem kewangan yang tidak berlandaskan hukum syarak. Semakin ramai umat Islam yang hidup dalam kesempitan akibat daripada kelemahan dalam menguruskan kewangan terutama dalam menguruskan wang gaji bulanan. Ini berdasarkan kepada beberapa maklum balas yang diterima daripada individu yang tertekan akibat kesilapan menguruskan kewangan keluarga, sehingga ada yang masih mengunakan kad kredit yang dimiliki oleh suaminya yang telah meninggal dunia.
Tazkirah Kewangan
Membawa Umat Islam Satu Langkah Kehadapan Bagi Kejayaan Melepasi Sempadan
-
Menjadikan Umat Islam Pengurus Kewangan Yang Paling Top
-
Memantapkan Keperluan semasa Ahli Kariah dan mengelak daripada terperangkap
-
Memperkasakan ekonomi ummah melalui Masjid dan Surau
Tazkirah Kewangan untuk surau, masjid dan organisasi.
-
Kuliah Maghrib
-
Kuliah Subuh
-
Tazkirah Jumaat
-
Bicara Kewangan
-
Bicara Hutang
Kebenaran Berceramah (Kad Tauliah) dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)
No Ruj : (01) dlm JAI.Sel BPD/02/024/5/2 Jld 1 – Pengurusan Kewangan Islam.
Di antara Kuliah Tetap yang PERNAH dijayakan pada setiap bulan :
-
Masjid Al-I’Tisam di TTDI Jaya, Shah Alam – Kuliah subuh pada setiap minggu ketiga
- Masjid Al – Hidayah, Seksyen 18, Shah Alam
whatapps 010 500 1 500 Telefon 03 4142 5300 ataupun email kepada :shamsuddinkadir@gmail.com bagi menjemput Shamsuddin menyampaikan Tazkirah Kewangan di tempat saudara/i.