Majoriti ibubapa di dalam masyarakat hari ini boleh diibaratkan seperti berlumba-lumba menghantar anak ke tadika yang TERBAIK.
Perkataan terbaik itu boleh ditafsirkan melebihi dari 1,000 pengertian, ianya bergantung kepada impian dan pengetahuan yang ada pada setiap ibubapa. Ini yang membuatkan ada ibubapa yang tidak selesa melihat tindakan setengah ibubapa lain yang tidak mengambil tindakan yang sama dengannya dalam mendidik anak.
Ada ibubapa yang berpendidikan di tahap Ijazah dan ke atas yang merasakan adalah satu kesilapan besar bagi ibubapa yang tidak menghantar anak ke tadika seawal usia 4 tahun.
Ada ibubapa yang merasakan anak-anak perlu dihantar ke tadika yang ada tersohor yang mengunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, bagi memenuhi keperluan semasa pendidikan di Malaysia.
Adakah ianya satu keperluan?
Semuanya bergantung kepada sejauh mana kita telah membaca, sejauh mana kita telah bertanya orang yang sudah mendahului kita 5, 10, 15 ataupun 30 tahun yang lalu dan matlamat yang kita ingin capai.
Ramai yang memandang saya dengan pelik apabila bercakap tentang pendidikan anak-anak. Ada yang beranggapan saya bergerak ke belakang dalam mendidik anak. Saya tidak membantah pemikiran mereka, kerana apa yang saya lakukan, bukannya 100% yang pernah orang yang terdahulu telah lakukan, banyak eksperimen baru yang saya lakukan demi satu matlamat iaitu mencapai hasil lebih baik bersesuaian dengan peredaran zaman. Hasil yang lebih baik, biasanya mendatangkan banyak kebaikan antaranya berkat, pandai, senang dan tenang.
Ibubapa yang mencorakkan masa depan anak-anak. Apabila ibubapa yang kurang membaca dan kurang bertanya melakarkan matlamat, sudah pasti tindakannya amat berisiko, kerana ibubapa jenis ini bermula dengan kosong ‘o’. Dalam dunia ini, hanya Allah yang tidak perlu berguru dan belajar sebelum membuat tindakan.
Dengan kos pendidikan awal anak yang tinggi dan banyak ibubapa yang ‘membazirkan duit’ dengan melabur dalam pendidikan awal yang mereka sendiri menyesal beberapa tahun selepas itu.
Kata nabi : “Ubat kepada kebodohan adalah bertanya”. Apabila kita bertanya orang yang telah melaluinya, kita dapat mengelakkan daripada melakukan kesilapan untuk kali kedua.
1 comments on “Kos Pendidikan Awal Anak : Tadika”