Perunding Kewangan Syok Sendiri

Bismillah. Jika dahulu produk yang banyak bermasalah, sekarang ini penceramah, perunding kewangan dan bisnes juga banyak yang bermasalah.

Banyak juga perunding kewangan ‘kampung’ apabila ingin melariskan produk yang dibawanya, produk jenis sama dari syarikat lain mahu semahunya dihina dan dicaci.

Kerana mereka percaya dengan menuduh laksa yang dijual oleh orang lain basi, maka laksa yang dijualnya adalah sedap.

Begitulah yang banyak berlaku terutama di dalam produk kewangan seperti Takaful, Unit Trust dan Wasiat.

Disebutnya Syarikat Takaful orang lain kurang itu dan kurang ini.

Bila dia menjual Unit Trust jenama A, dikutuknya produk unit trust jenama B,

Jika dia tidak menjual Unit Trust, dikutuknya, bahawa unit trust tidak untung, melabur di bursa Malaysia lagi untung. Lama kelamaan apabila dia sudah menjadi agen unit trust, dipujinya Unit Trust yang dia masuk dan masih kekal mengutuk unit trust dari syarikat lain.

Begitulah dalam dunia industri Takaful, Unit Trust dan Wasiat.

Terdapat jurang besar menjadi perunding kewangan tanpa produk, dengan menjadi perunding kewangan yang ada produk.

Menuduh produk orang lain sebagai tidak bagus, umpama kita pergi berjalan ke rumah orang dan komen “Cat rumah tuan ini tidak cantik, sepatutnya dibuat warna oren, sofa kayu ini tidak sesuai untuk tuan, bla….

Elakkan perunding kewangan yang memberi fakta yang terpilih sahaja, yang menjatuhkan produk orang lain, kerana mereka sebenarnya hanya mahu menjual produknya kepada kita.

Lebih baik mati kerana kelaparan dan bukannya mati kerana kebodohan.

Lain sekolah, lain pula sudut pandangannya.

www.ShamsuddinKadir.com
3 Mac 2016

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *