Pakar Motivasi Barat Kata Jangan Guna PERKATAAN JANGAN

Bismillah. Banyak pakar motivasi barat dan penulis buku barat yang menyuruh kita supaya JANGAN MENGGUNAKAN PERKATAAN NEGATIF SEPERTI JANGAN. Kerana mengikut satu kajian, orang tidak ingat perkataan pertama, dan orang ingat perkataan kedua. Contohnya JANGAN MENCURI, orang hanya ingat perkataan MENCURI.

Ada lagi kajian yang dibuat oleh penulis barat, mengikut Law of Attraction (LAW), tidak boleh guna perkataan seperti Jangan.

Sejauh manakah kajian dan ilmu barat yang disandarkan kepada LOGIC itu dapat menandingi ilmu Allah yang lebih tahu tentang manusia kerana Dia yang MENCIPTA Manusia?

Mohon rujuk kepada sebahagian kecil ayat-ayat Allah yang bermula dengan perkataan JANGAN dan ada perkataan JANGAN di dalam peringatan yang diberikan kepada CIPTAANNYA.

“….dan JANGANLAH kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir.” Surah Yusof ayat 12

“JANGANLAH kamu bersifat lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” Surah Al-Imran, ayat 139

“Dan JANGANLAH engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.” Surah Luqman ayat 18

“Dan JANGANLAH engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.” Surah Al Israa’ ayat 37

Sedih apabila melihat banyak ilmu-ilmu dari barat yang memesong dari ajaran Islam. Astaghfirullah.

Wallahu A’lam

Shamsuddin Kadir?

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *