Individu yang paling kritikal adalah graduan sama ada yang baru tamat SPM, STPM, Diploma atau Ijazah yang baru pertama kali memulakan hidup ‘makan gaji’. Apabila memasuki dunia pekerjaan, motif utama setiap individu adalah duit yang paling utama.
Menjadi seorang pekerja membuka peluang kepada setiap individu bagi membuat hutang. Sama ada hutang bagi membiayai pembelian rumah, kereta ataupun gaya hidup.
Perkara yang paling risiko adalah apabila pekerja membiarkan jurujual dan bank yang menentukan hala tuju masa depannya.
Rumah yang harga berapa yang perlu dimiliki dan kereta jenis dan harga berapa yang perlu dibeli? semuanya adalah persoalan yang perlu di tanya kepada diri dan keputusannya dibuat selepas banyak membaca dan bertanya. Ramai yang memilih untuk membiarkan jurujual dan bank membuat keputusan untuk mereka daripada membuat keputusan sendiri hasil dari menuntut ilmu secara membaca dan bertanya.
Rumah yang sebaiknya bagi individu yang baru memulakan hidup dengna bekerja adalah sama ada rumah sewa ataupun rumah apartment ataupun rumah teres biasa. Manakala bagi kenderaan adalah yang terbaik mengunakan pengangkutan awam seperti bas jika ada, ataupun mendapatkan sebuah motisikal atau kereta terpakai. Membeli kereta terpakai secara tunai ataupun mengambil pinjaman untuk tempoh 2-3 tahun.
Ini bagi membantu setiap individu itu supaya tidak merasa bebanan kos sara hidup yang melampau di mana pada setiap bulan apa yang dirasakan dan dilalui adalah “Pergi pagi balik petang, dapat gaji bayar hutang”.
9 comments on “Individu Yang Baru Memulakan Kerja”