Tetamu SK: ‘Fresh Graduate’ dan Baru Bekerja

Tuan Shamsuddin…

Untuk pengetahuan tuan, saya terbaca mengenai buku tuan secara tidak sengaja dalam laman web.

Saya sangat berminat dengan buku MAKAN GAJI TETAPI KAYA dan HIDUP TENANG WALAUPUN BERHUTANG, akan tetapi saya tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan buku tersebut.

Saya merupakan fresh graduate dan baru bekerja dalam sektor awam.  Untuk pengetahuan tuan, saya tidak tahu bagaimana untuk menguruskan kewangan saya. Gaji saya tidak sampai 1 Ribu.

Saya ingin dapatkan panduan dari tuan bagaimana caranya untuk saya menguruskan kewangan saya dengan lebih sistematik. Terima kasih.

DQ

————————–

Cik DQ,

Pertama-tamanya saya mengucapkan tahniah kerana berminat dengan buku-buku bagi mengurus kewangan diri dan juga merancang mengumpul kekayaan dan kesenangan sepanjang hidup berkerjaya. 

Kedua-dua buku itu boleh diperolehi di kedai-kedai buku MPH Bookstore, Popular, SMO, Banggol dan banyak lagi kedai buku yang ada menjual buku ‘PTS’.

Buku ‘Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ mungkin mengambil sedikit masa untuk berada di pasaran kerana stok bagi cetakan ketiga baru sahaja sampai di stor pada hari selasa yang lalu.

Jika dipermudahkan oleh Tuhan, saya mungkin mula membuka tempahan secara online melalui halaman blog shamsuddinkadir.com ini. Dan saya akan menandatangani semua tempahan yang dibuat secara online.

 

5 comments on “Tetamu SK: ‘Fresh Graduate’ dan Baru Bekerja”

  1. Thinkerich Reply

    Tahniah SK,

    Dah masuk cetakan edisi ketiga..LARIS macam goreng pisang panas..!

    Syabas..!

    Semoga ianya akan mendapat sambutan yang lebih memberangsangkan selepas ini…

  2. Anas Reply

    Ya.

    Nak tahu juga cara nak urus bagi gaji RM1,000.00 hingga 1,500.00

    Bagaimana nak beli kereta, rumah dan menyimpan.

    PTPTN pun nak kena bayar.

    Aduhhhhhhhhhhhh, tolong saya.

  3. Thinkerich Reply

    Salam Anas,

    Saya sarankan anda dapatkan buku saudara SK…atau anda juga boleh dapatkan idea daripada Blog Motivasi Kekayaan, Kewangan & Peribadi – PemikirKaya dot com

    Salam kekayaan,

    THINKERICH

  4. Shamsuddin Kadir Reply

    Terima kasih saudara Thinkerich,

    Semua itu di atas sokongan semua tetamu SK yang amat dimuliakan. Terima kasih, terima kasih, terima kasih kerana mendorong diri sendiri mendekatkan dengan ilmu.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *