Semakin hari semakin ramai individu yang tertipu dengan pelbagai skim-skim cepat kaya yang terus menerus mengunakan nama-nama samaran mengikit peredaran zaman. Jika dahulu ada yang memanggil skim Pak Man Telo dan sebagainya. Kini mereka mengunakan dengan nama yang bersesuaian dengan isu semasa.
Mereka-mereka ini memberi tahu kepada para pelanggan mereka, bahawa mereka sedang membuat bisnes perternakan dan sedang mencari pelabur bagi membesarkan bisnes yang menguntungkan itu.
Setiap pelabur perlu membayar RM 400 – 500 bagi seekor kambing dan akan mendapat RM 200 sebulan pada setiap bulan hasil daripada perlaburannya itu. Ini yang menyebabkan ramai di antara yang ‘tertipu’ melabur bagi 10 ekor iaitu RM 4,000 – RM5,000 dengan mengharapkan mendapat RM 2,000 sebulan dan sebagainya.
Mereka juga menyakinkan kepada bakal pelanggannya bahawa jika kambing yang mereka labur itu mati, mereka akan menggantikan dengan yang lain tanpa perlu menangung kos ekstra. Janji boleh ditabur.
Ini di antara sebahagian daripada helah-helah yang dilakukan oleh ‘pengendali skim cepat kaya’ yang teringin menjadi kaya dengan ‘menipu’. Jangan kita sebagai pengguna menjadi miskin kerana ‘tertipu’.
Bukan sahaja Tipah yang tertipu, Tapah juga banyak yang tertipu dengan ‘janji manis’. Berhati-hatilah dengan produk dan peluang perlaburan yang menjanjikan pulangan yang menarik.
Tiada jalan pendek untuk menjadi kaya dan berjaya selain daripada usaha keras dan berterusan. Satu-satunya jalan pendek yang ada tetapi berakhir dengan membuat kita semakin miskin adalah perlaburan skim cepat kaya. Waspada dengan skim cepat kaya yang berselindung di belakang projek ‘perternakan, pembuatan, perlaburan dan banyak lagi…’
3 comments on “Skim Membela Lembu, Kambing, Lintah…”