Neraka itu satu pilihan

Bismillah. Barat mengajar supaya mencapai Kebebasan Kewangan, Islam mengajar supaya mencapai Keberkatan Kewangan.

Terdapat dua jurang yang besar antara kedua-duanya. Seperti terdapat jurang besar antara Syurga dan Neraka, Insyaa Allah.

Rasuah boleh membantu seseorang itu mencapai kebebasan kewangan, manakala ianya menghancurkan keberkatan kewangan.

Riba boleh membantu seseorang itu mencapai kebebasan kewangan, manakala ianya menghancurkan keberkatan kewangan.

Mengambil duit orang dengan menggunakan strategi kebanyakan sistem pemasaran barat yang tidak syariah compliant, membantu seseorang cepat buat untung dan mencapai kebebasan kewangan, manakala ianya menghancurkan keberkatan kewangan.

Hidup ini adalah pilihan, pilih hidup yang macam mana yang kita hendak, kerana Neraka itu juga pilihan. Nauzubillah.

Tiada seorangpun yang dihumban, ke dalam neraka tanpa disebabkan beliau membuat pilihan yang haram.

Wallahu A’lam.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *