Bismillah. Akhirat Social Responsibility (ASR) Untuk Orang Islam

Bismillah. Akhirat Social Responsibility? (ASR) diwujudkan bagi menjadi satu bentuk pendidikan berterusan kepada keperluan genarasi orang Islam berkenaan berbuat baik dan kebajikan.

Saya mempunyai perasaan yang tidak sedap hati dengan Corporate Social Responsibility (CSR) selama ini. Sewaktu mempelajari subjek ‘Public Relation’ di dalam kursus ‘Integrated Marketing Communication’ saya menemui jawapan, bahawa apa yang saya tidak sedap hati itu benar-benar berlaku. Iaitu antara tujuan CSR adalah untuk menaikkan imej ataupun jenama organisasi tersebut. Ianya bukan dibuat kerana ikhlas semata-mata.

Terdapat jurang yang besar antara jenama @ imej dan Ikhlas.

Jenama Ikhlas hanya mencari keredhaan Allah, dan setiap kebaikan itu dibuat bagi mencari Redha Allah.

ASR lebih sesuai dan lebih dekat dengan ajaran Islam, iaitu membuat sesuatu kebaikan bagi mendapat Redha Allah supaya kita dapat hidup bersosial (bersama dengan komuniti) yang selamat di Akhirat nanti, Insyaa Allah.

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *