Bismillah. Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam, salam dan selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Hidup di Bandar Tidak Mampu
Kos sara hidup di bandar secara puratanya lebih tinggi jika dibandingkan di luar bandar. Walau bagaimanapun gaji ataupun rezeki di bandar lebih banyak berbanding di luar bandar dalam banyak keadaan.
Di mana kebanyakan individu habis duit bukan kerana kos sara hidup, tetapi duitnya habis lebih cepat kerana kos gaya hidup. Apabila disebut kos gaya hidup, adalah kos-kos yang bukan keperluan manusia.
Kos sara hidup adalah kos yang menjadi keperluan manusia.
Mengikut kajian yang kami buat banyak individu di kawasan bandar menghabiskan duit kerana ini hidup seperti orang bandar. Iaitu antaranya adalah :
1. Mesti makan di restoran ‘fast food’ sekurang-kurangnya 1 kali sebulan
2. Hujung minggu mesti membawa ahli keluarga bersiar di dalam ‘shopping mall’
3. Mesti sambut hari jadi, sama ada di restoran ataupun membeli kek yang berharga RM 40 ke atas. Menyambut hari jadi anak-anak di ‘fast food’ ataupun di pusat tadika anak-anak.
4. Membeli kuih raya bagi meraikan tetamu datang, walaupun duit sebenarnya tidak cukup. Ini amalan yang tidak wajib di dalam Islam.
5. Bagi duit raya, tetapi diri sendiri belum mampu, kerana di keliling dengan hutang.
6. Tukar kereta sebelum hutang kereta lama habis.
7. Membeli perabut yang setaraf dengan orang bandar.
8. Banyak lagi perbelanjaan, yang bertaraf gaya hidup orang bandar.
Hidup di bandar sememangnya tidak dapat menyimpan, apabila berbelanja mengikut gaya hidup.
Kata orang tua “Hendak seribu ikhtiar, tidak hendak seribu alasan”
Islam tidak membebankan kita dengan adat. Itu adalah pilihan kita sama ada ingin hidup berpandukan Sunnah ataupun Adat / Trend.
Bagi menukarkan gaya hidup kita kepada yang lebih selamat, tuan dan cik puan juga boleh mengikuti kursus-kursus yang sedang rancak dijayakan termasuk Seminar Memulakan Bisnes Sendiri 2013 yang hanya tinggal 9 orang lain bagi menyertainya.
Lain sekolah kewangan, lain pula ajarannya. Hormati perbezaan.
Astaghfirullah. Wallahu’alam (hanya Allah yang tahu segala-galanya dan yang sebenar-benarnya)
Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir