Bismillah. Bercakap Tentang Akhirat Lebih dari Tentang Dunia.

Bismillah. Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Pencipta dan Pemilik sekelian Alam. Selawat dan Salam ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Alhamdulilah, Tuan Aqif Azizan ang dirahmati Allah ada berkongsi tentang wasiat Imam Syafie baru-baru ini.

Kalau tidak silap saya dan seingat saya ini antara yang dikongsikan oleh sahabat baik saya itu.

Antara yang dikongsikan beliau, adalah Imam Syaife mewasiatkan supaya kita lebih banyak menyebut nama Allah berbanding menyebut nama-nama makhluknya.

Imam Syafie juga mewasiatkan supaya kita banyak berbicara berkenaan Akhirat lebih dari membicarakan tentang dunia.

———————————-

Itu antara yang menyebabkan selama ini, saya hanya memilih mentor, guru, sifu yang memiliki kedua-dua sifat di atas sebagai ketua sifu saya.

Begitu juga apabila memilih pemimpin untuk memimpin diri ini untuk sampai ke Akhirat sewaktu hidup di dunia, mencari pemimpin yang banyak menyebut berkenaan akhirat berbanding dunia.

Begitu juga entri di facebook, saya lebih suka membaca entri yang ada membawa ‘Roh Akhirat’ berbanding tulisan yang tidak membawa Allah bersama.

In Syaa Allah kita tidak sesat apabila sentiasa mencari sifu yang bermatlamatkan Akhirat berbanding sifu yang bermatlamatkan duit.

Dunia ini diciptakan untuk manusia, manakala akhirat itu dicipta untuk manusia.

Wallahualam.

Astaghfirullah.

Facebook : Malaysia | Shamsuddin Kadir

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *