Bismillah. Jimat kos dengan beragama, tanpa ilmu kewangan.

Bismillah. Jimat kos dengan beragama, tanpa ilmu kewangan.

Sebenarnya walaupun tanpa ilmu kewangan, kita sebenarnya hidup dalam keadaan selamat dan lebih jimat apabila ilmu agama itu menjadi sebahagian daripada diri kita sendiri.

Contohnya, apabila kita memegang erat kata-kata di bawah, kita bukan sahaja berjimat untuk diri kita, kita mengurangkan kos orang lain yang buat bisnes dan juga kita mengurangkan kos negara yang akhirnya memberi limpahan pahala yang berlebihan kerana membantu ummah (rakyat).

Kata-kata di bawah itu adalah :

Setiap satu dari perkataan yang kita sebut dan setiap satu perbuatan yang kita buat, semuanya tidak terlepas dari dicatit sama ada oleh Malaikat di sebelah Kanan kita atapun di sebelah kiri kita.

Beriman (percaya dan yakin) dengan sekuat hati, dengan kata-kata di atas, membuatkan kita berusaha bagi memastikan lebih banyak perkataan dan perbuatan yang dibenarkan oleh Allah sahaja yang kita ingin buat.

Contohnya, apabila kita berada di dalam rumah, kita menghidupkan suis kipas di ruang tamu, selepas itu kita ingin ke dapur, apabila kita kurang beriman, kita berani untuk meninggalkan kipas di ruang tamu dalam keadaan hidup iaitu terus berpusing, walaupun kita sudah tidak ingin berada di ruang tamu kerana ingin ke dapur bagi memasak juadah berbuka pada hari ini.

Ataupun apabila kita masuk ke tandas, kita menghidupkan lampu dengan menekan suisnya. Sebaik sahaja melangkah kiri keluar dari tandas, kita secara segera ingin menutup suis lampu itu, kerana risau dan takut Malaikat disebelah kiri mencatit amalan buruk kita iaitu membazirkan tenaga elektrik yang pada cukup bulan ataupun masanya kita perlu bayar bil elektrik yang lebih tinggi.

Begitu juga dengan Penghawa dingin, kita rasa bersalah dan takut sangat, apabila kita melihat penghawa dingin masih belum dimatikan suisnya, sedangkan tiada seorangpun yang masih berada di dalam bilik. Ini kerana kita takut lalu beristigfar banyak-banyak di dalam hati, supaya Allah maafkan kita, supaya rekod disebelah kiri itu dipadamkan oleh Malaikat ataupun dengan Istigfar itu menyebabkan Malaikat di sebelah kanan menulis lebih banyak kebaikan, kerana kita menyesal dengan bersungguh-sungguh.

Semakin beriman (percaya dan yakin) bahawa setiap patah perkataan dan perbuatan kita direkod oleh Malaikat untuk dibicarakan di padang Masyhar, semakin jimat kos sara/gaya hidup kita. Ini kerana kita tidak mahu melakukan apa yang dikategorikan sebagai membazir. Ianya juga tandanya hati kita masih hidup.

Apabila kita berada di hotel, sebaik keluar tandas, kita terus tutup lampu tanda dan suis pemanas elektrik, kerana takut nanti ianya membazirkan elektrik kerana membazir itu membuatkan Malaikat disebelah kiri merekod amalan buruk kita selagi mana suis itu tidak dipadamkan. Kadang kala, apabila kita masuk kembali ke dalam bilik hotel kita terkejut kerana lampu bilik tandas masih menyala, walaupun kita sudah mencabut kad yang menyambungkan elektrik, apa yang berlaku pada kita ketika itu, hanyalah penyesalan dan kita beristiqfar banyak-banyak memohon ampun dari Allah kerana sudah melakukan perkara yang membazir.

Ianya juga menyebabkan pemilik hotel itu tidak kira sama ada mereka itu Islam ataupun tidak, terpaksa menanggung bil elektrik yang tinggi. Kos bil elektrik yang tinggi untuk pihak hotel menyebabkan mereka terpaksa mencajkan kadar sewa hotel dan fasiliti yang lebih tinggi. Kos penggunaan elektrik yang tinggi menyebabkan organisasi yang menyediakan elektrik perlu membelanjakan lebih banyak kos bagi membina loji janakuasa dan sebagainnya bagi memenuhi keperluan membazir itu.

Kos ini membuatkan pihak berkuasa sesuatu negeri ataupun negara menaggung kos yang lebih tinggi, dan tidak dapat memberikan lebih banyak kepada kebaikan kepada rakyat (ummah) gara-gara ada individu yang kurang beriman (percaya dan yakin) bahawa setiap sesuatu tindakan kita itu direkod sama ada oleh Malaikat di sebelah kanan ataupun di sebelah kiri kita.

Tanpa ilmu kewangan pun, kita sudah mengawal kewangan diri, bisnes orang lain, kerajaan dan juga mengurangkan bebanan rakyat dengan mengekalkan sebagai orang yang beragama iaitu beriman kepada Allah.

Astaghfirullah.

Facebook Malaysia | Shamsuddin Kadir

Facebook Shamsuddin Kadir (Emel: shamsuddin  [@] sk.my)

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *