Saudaraku yang dirahmati Allah lagi disayangi Nabi,
Alhamdulilah di atas rezeki yang Allah berikan, kita menggunakan sebahagiannya untuk membeli keperluan hidup di dunia seperti lauk pauk, rumah, kenderaan, pakaian dan buku.
Sebahagian lagi duit kita gunakan bagi membeli pahala bagi memastikan kehidupan kita yang kekal abadi di Akhirat sempurna dengan keperluan hidup di sana. Pahala adalah limpahan ‘matawang’ yang hanya perlu bekerja sekali sahaja bagi mendapatkannya tetapi dapat menikmatinya sehingga selama-lamanya, kerana akhirat tiada penghujungnya. Allah memberi kita nikmat untuk terus menikmati kehidupan seperti mana Allah yang kekal Tuhan dan tidak ada penghujung bagiNYa.
Bukannya seperti Ayam, dan haiwan lain, yang hanya hidup sementara di bumi ini, begitu juga dengan tumbuh-tumbuhan yang ada di dalam dunia.
Alhamdulilah, kita meneruskan kehidupan yang penuh kesederhanaan dengan membiayai ataupun membeli barangan keperluan dan mengagihkan duit lain itu bagi menambahkan peluang kita menikmati hidup yang terlebih seronok di saat kita bertemu dengan Allah nanti.
Setiap hari kita melihat keindahan, sama ada pada rupa manusia, ataupun keindahan semulajadi seperti pokok, bunga, ataupun keindahan bangunan-bangunan, komputer yang terlebih canggih, handphone, sofa, rumah banglo yang seperti hidup di dunia khayalan. Jika semua ini hasil dari ciptaan Allah, sudah pasti yang Pencipta itu lebih cantik dari apa yang diciptakannya. Kenikmatan bermain salji, kesejukan di tanah tinggi, kecantikan air laut dan pemandangan. Semua ini hanya 1/99 dari kenikmatan yang Allah berikan kepada penduduk dunia sejak dari Nabi Adam sehingga ke hari Kiamat. 98/99 lagi menanti para penghuni syurga.
Inilah ganjaran kepada kita yang terus menerus mengekalkan kita dengan pinjaman ataupun pembiayaan Islamik sahaja, semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah. Allah sedang memerhati kita dan sedang merahmati kita di atas tindakan kita yang sentiasa berdoa dan berusaha untuk kekal melakukan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah dengan menyokong produk-produk masyarakat Muslim.
Kepada sepupu kita yang sudah terlebih dahulu pulang ke Rahmatullah, mereka menyaksikan bahawa segala kata-kata Allah dalam AlQuran itu benar-benar dikotakan oleh Allah.
Kata Saidina Ali kepada dunia “Wahai dunia, engkau boleh tipu orang lain, tetapi engkau tidak boleh tipu aku”
Kata Nabi “Nilai dunia dan seisinya samalah dengan seekor bangkai anak kambing yang cacat yang dibuang oleh tuannya.”
Teruskan usaha kita bagi ‘membeli pahala’ untuk kehidupan yang kekal bahagia dan abadi di negeri yang Abadi, dengan rahmat Allah.
5 comments on “Duit Yang Kita Perolehi Ketika Di Dunia”