Assalamulaikum,
Saya ingin pandangan dari saudara Sham, saya telah mendapat surat ke mahkamah atas perkara hutang rumah yang tertunggak.
1. Apa perlu saya buat.
2. Bagaimana kalau saya biarkan sahaja surat mahkamah itu? Apa akan terjadi.
3. Boleh tak saya terus pergi ke bank bayar sedikit dan lupakan pasal surat ke mahkamah itu?
Harap saudara Sham dapat beri sedikt tips. Saya dalam keadaan risau amat sangat.
Terima Kasih
————————-
Waalaikummusalam saudara,
Didoakan saudara sentiasa dikurniakan dengan kebaikan yang datang mendadak. Amin.
Saudara yang dihormati, apabila saudara sudah terima surat mahkamah, kita perlu terus membayar ansuran yang tertunggak itu walaupun tidak boleh bayar semuanya. Bayar sebanyak yang boleh, keluarkan semua simpanan dalam bank, tabung haji, bawah tilam dan lain-lain perlaburan. Pastikan jumlah ansuran tertunggak itu tidak lebih dari 2 bulan ataupun untuk selamat, pastikan ansuran tertunggak kurang daripada jumlah ansuran untuk sebulan.
Hubungi pihak penguam melalui surat menghadiri mahkamah, jika boleh fakskan semua pembayaran ansuran yang dibuat itu, mohon beliau untuk batalkan pembicaraan di mahkamah.
Jika tidak terdaya, hadiri bicara di mahkamah, dan mula membayarnya mengikut apa yang kita mampu, bincangkan dengan hakim, situasi yang kita sedang kita hadapi.
Baca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang. Hentikan perbelanjaan yang tidak perlu, seperti saluran tv berbayar, broadband jika kita tiada bisnes yang betul-betul lebih dari balik modal.
Shamsuddin Kadir
3 comments on “Terima Surat Mahkamah Apa Saya Perlu Buat?”