Informasi Terkini Berkenaan Kursus di Learning Station

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan dan Puan (sepupu) yang dirahmati Allah dan dikasihi nabi,

Berikut adalah informasi terkini untuk kursus di Learning Station

1. Bengkel Mengurus Wang

Sabtu 6 November 2010, di Learning Station 11-2 Jalan Wangsa  ceria 3   Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur

Waktu : 9.30 Pagi sehingga 4.00 petang. Rehat pukul 1.00 – 2.15 tengahari

2. Berhijrah Menjadi Usahawan

Ahad 7 November 2010 di Learning Station Biliktraining.com 9-1, Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati

Waktu: 9.15 pagi sehingga 4 petang. Rehat 1.00 – 1.15 tengahari.

3. Kursus Buat Duit Dengan Rumah

Ahad 21 November 2010, di Learning Station ataupun Bilik Training 9-1 Jalan Wangsa Setia 3 (di sebelah  Learning Station sahaja)

Jam 9.30 pagi – 4 petang. Rehat 1.00 sehingga  2.15 petang.

Lokasi kursus di belakang Seven Eleven, di atas Restoran Ayam Kukus Wafie. Berdekatan dengan Masjid Al -Mustaqim. Jika datang dari Ampang exit selepas Taman Permata Giant. Jika datang dari Gombak EXIT sebelum Taman Melawati. Berdekatan (jalan kaki) dengan ibu pejabat DCL (MLM) ataupun Az Zain dan juga Cosway.

Makanan dan minuman tidak disediakan. Terdapat banyak kedai makan dalam kawasan 10 – 50 meter dari lokasi kursus.

Bagi yang ingin menginap hotel, ada hotel bajet di Taman Melewati, lebih kurang 750 meter dari lokasi kursus. No. Telefon hotel bajet 03 4147 4000.

Mohon kepada peserta untuk berada di bilik latihan 5 minit sebelum kursus bermula. Insyaa-Allah kursus akan bermula tepat pada waktu yang dinyatakan.

Penyelaras kursus

Nor Aini Mohamed

Hubungi 03 4142 5300

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *