Pendekkan Waktu Malam Anak-Anak

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera,

Tuan Puan yang dirahmati Allah dan dikasihi nabi,

Saya mohon agar para Malaikat sudi mengaminkan doa saya supaya sepupu-sepupu semua dikurniakan dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Kerana sesungguhnya seseorang itu tidak akan tahu apa sahaja yang datang padanya pada setiap pagi dan petang hari.

Waktu malam adalah antara waktu yang paling kritikal, kerana ketika inilah banyaknya terjadi perkara yang tidak di ingini berlaku di sana – sini.

Satu perkara yang Shamsuddin Kadir pelajari dari seorang insan yang mulia baru-baru ini sebelum kedatangan Syawal adalah pendekkan waktu Malam Anak-anak. Di mana individu tersebut memaklumkan kepada Shamsuddin Kadir supaya memastikan anak-anak tidur selewat-lewatnya 9.30 pada setiap malam termasuk malam minggu.

Apabila ditanya kenapa, beliau memaklumkan supaya anak kita tidak suka keluar malam untuk berfoya dan sebagainya, kerana tepat jam 9.30 anak-anak sudah masuk bilik untuk tidur. Beliau berkata jika kita tidak pendekkan waktu malam anak-anak, sebagai ibubapa kita akan menjadi syaitan pada awal pagi memekik dengan tujuan supaya anak-anak bangun pagi.  Terutama ketika hari persekolahn.

Apabila anak-anaknya tidur awal, setiap hari anaknya bangun sebelum jam 6 pagi dan 6.30 sudah siap mendirikan solat dan juga sudah  berpakaian sekolah. Beliau tidak pernah mengejutkan anak-anaknya supaya bangun dari tidur untuk bersiap untuk ke sekolah.

Anak-anak juga tidak diberi ‘makan’ dengan tanyangan filem-filem yang tidak menepati ciri perintah Allah SWT.

Kita juga dapat menjimatkan duit, dengan tidak melanggan saluran tayangan gambar ataupun dvd filem terkini.

Ketika hari sudah gelap, maka ketika itu syaitan mula ketawa. Sarang-sarang maksiat yang bertunjangkan hiburan memulakan bisnes.

Anak-anak juga mudah untuk di didik supaya bangun malam mendirikan solat berbicara dengan Allah.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *