Assalamualaikum. Tuan Shamsuddin.
Saya hendak tanya apa perbezaan antara pinjaman perumahan islamik dan konvensional?
Sebabnya saya rasa lebih kurang saja. Pandangan tuan amat saya hargai.
Ahmad Tajudin (bukan nama sebenar)
—————————
Waalaikummusalam Tuan Ahmad,
Semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada Tuan dengan kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin
Tuan, dari segi nilai jika di pandang dengan mata kasar pinjaman Islamik dan Konvensional di lihat ‘sama’. Kerana meminjam duit RM 20,000 mengunakan sistem kewangan Islam atau Konvesional (bukan Islam) memberikan kita jumlah kepingan duit yang sama.
Umpama, apabila orang memberi kita sekeping duit RM 10. Kita tidak dapat bezakan sama ada duit RM 10 yang diberi itu adalah dari sumber yang halal ataupun haram di sisi Allah.
Apabila kita mengambil pinjaman konvensional (bukan Islam) kita sebenarnya menyahut cabaran Allah supaya mencipta bumi lain, dunia lain, dan kita hidup tanpa menggunakan satu pun benda ataupun perkara yang Allah buat dan kita berikrar bahawa kita dapat hidup tanpa Allah. Nauzubillah…
Dalam surah Al- Baqarah, Allah telah menyatakan sejak 1400 tahun yang lalu, ayat 277-278 yang lebih kurang bermaksud seperti ini ‘Wahai Orang Yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan tinggalkanlah saki baki RIBA jika kamu beriman, jika kamu engkar maka Istiharkanlah perang terhad Allah dan Rasulnya”
Apabila kita mati esok, kita secara 100% berperang dengan Allah dan Rasul di padang Mashyar nanti jika kita melibatkan bukan sahaja dengan mengambil pinjaman konvensional (bukan Islam) bahkan apabila perlaburan kita, insurans perlindungan kita dan juga simpanan kita bukan di tempat yang 100% syariah compliant.
Jadi perbezaan besar antara pinjaman Islamik dan Konvensional adalah ianya memisahkan kita sama ada menjadi ahli Syurga ataupun ahli Neraka.
Seorang ustaz ternama memberitahu kepada saya, jangan buat ‘anak’ di rumah yang jijik, kerana ianya akan melahirkan anak yang jijik. Apabila ditanya kepada beliau rumah mana yang jijik. Kata beliau, rumah yang dibiayai dengan pinjaman riba, iaitu pinjaman yang melanggar perintah Allah (pencipta dan pemilik sekelian yang ada di dunia dan jajahan akhirat).
Di dunia adalah masa yang Allah masih memberi ruang kepada manusia untuk berhijrah kepada pinjaman Islamik jika sudah tersalah ambil. Jika kita belum ambil pinjaman, ini adalah masa terbaik untuk kita kekalkan dengan kalimah yang kita berikrar bahawa kita seorang Islam.
Keuntungan yang diperolehi oleh bank konvensional (bukan Islam) akan dilaburkan dalam syarikat yang melanggar perintah Allah seperti kilang membuat minuman keras, syarikat judi dan juga sebahagiannya akan disumbangkan bagi pembesaran rumah-rumah tuhan yang bertentangan dengan Allah (berlakunya syirik di sini).
Terima kasih di atas pertanyaan Tuan Ahmad Tajudin (bukan nama sebenar itu), jawapan seperti ini telah diberikan sebelum ini dalam artikel-artikel yang terdahulu.
Sebagai rujukan kecil, Shamsuddin Kadir membeli rumah dengan pembiayaan Islamik, membeli kereta dengan pembiayaan Islamik, Takaful untuk perlindungan kereta dan sebagainya. Tiada Pinjaman Peribadi dan Tiada Skim Ansuran Mudah.
Semoga tulisan Shamsuddin Kadir di pagi yang mulia ini dapat menginsafkan lagi Shamsuddin Kadir agar meningkatkan lagi kepatuhan dan taat setia kepada Allah SWT tanpa berbelah bahagi.
Shamsuddin Kadir juga mendoakan supaya semua sepupu-sepupu (Tuan dan Puan) sentiasa diberikan nikmat Iman dan ketakwaan yang tinggi sampai bila-bila.
Mohon Ampun dan maaf di atas kelemahan, kebodohan dan keburukan yang ada pada Shamsuddin Kadir
Shamsuddin Kadir
2 comments on “Perbezaan Pinjaman Islamik dan Konvensional”