Salam
Saya ada seorang rakan baik yang mengalami masalah berlarutan, pernah buat bisnes tetapi rugi ditipu kawan, cari kerja tapi tak dapat kerana kelulusan terlalu tinggi.
Dari pakai BMW hingga la kancil, hidupnya masih lagi dibelenggu masalah, anak pula di bawah jagaan beliau. sebagai rakan, saya amat simpati tapi tidak tahu bagaimana ingin membantu, minta pendapat saudara.
—————————————–
Waalaikummusalam.
Bagi berjaya dalam bisnes kita perlu ada mentor, sebaiknya mentor yang ada ilmu yang sahih. Ilmu yang paling hebat sudah pasti yang sudah tercatat dalam Al-Quran. Ilmu kedua yang bagus adalah ilmu yang diperolehi setelah manusia membuat kajian tentang manusia. Psikologi. Apabila kita ingin memulakan bisnes ataupun hidup bekerja sebagai pekerja, memiliki mentor membantu kita supaya tidak memasuki jalan yang berisiko dan juga memperlihatkan kepada orang yang berilmu tentang ciri-ciri kita yang ‘negatif’.
‘Apabila kita merasakan diri kita kaya, kita tidak memerlukan benda ataupun perkara yang mahal ataupun yang dilihat sebagai simbol kekayaan untuk dilekatkan ataupun dimiliki oleh kita’ ini adalah kajian yang dibuat oleh ahli psikologi dan bersesuaian untuk diterima pakai bagi kehidupan di dunia sahaja. Di akhirat teori ini sudah tidak boleh diguna pakai lagi, kerana orang yang benar-benar kaya iman menikmati hidup dalam penuh kekayaan dan kenikmatan di Akhirat.
Persoalan bagaimana untuk beliau bermula adalah antaranya adalah mencari mentor terlebih dahulu, bagi memulakan langkah kedua untuk memasuki dunia bisnes ataupun dunia ‘makan gaji’. Mentor seharusnya terdiri dari individu yang merasakan diri mereka ‘mahal’ dan tidak perlukan simbol kekayaan bagi menunjukkan mereka itu kaya.
Susah untuk diterangkan di dalam blog. Beliau juga boleh mula membaca buku-buku seperti ‘Memulakan Bisnes Sendiri’ tulisan Puan Ainon Mohd. Sebagai langkah permulaaan bagi memasuki dunia bisnes untuk kali yang ke seterusnya.