Di atas permintaan sepupu-sepupu kita yang ingin tahu secara ‘peribadinya’ bagaimana kami menyambut kedatangan Syawal.
Di bawah adalah sebahagian checklist yang disediakan oleh kami.
1. Sofa – sofa sedia ada harga ketika beli RM 799
2. TV – tv sedia ada harga ketika beli bulan Disember 2009 RM 360
3. Aircond – beli pada tahun 2000, dipasang di ruang tamu (bilik tidur tiada)
4. Langsir – kekal sedia ada kos langsir yang dibeli dalam masa 8 tahun lalu adalah tidak lebih dari RM 350
5. Komputer di rumah, 1 Dekstop untuk kegunaan kekasih menulis yang dibeli dengan harga RM 450 beserta dengan monitor ‘kotak’ dan 1 Laptop yang dibeli pada tahun 2007/2008 berharga RM 2,600 ketika beli, waktu itu harga Laptop masih melebihi RM 2,000 untuk laptop biasa.
6. DVD yang dibeli ketika ingin menonton DVD (Original) Laskar Pelangi berharga RM 88 yang dibeli tahun lepas.
7. Baju Melayu dan Kurung untuk anak-anak, sehingga ini keperluan sudah dibeli di Pasaraya Mydin.
8. Kuih Raya… antara yang paling akhir disediakan.
9. Duit Raya…untuk ibubapa, fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal dan diikuti dengan saudara mara dan jiran.
10. Buku Raya…
11. Handphone sejak 1-2 tahun ini adalah RM 300 + hamba Allah hadiahkan. Kena tambah RM 300, kerana hp lama tiada memory card, tidak boleh tambah nombor telefon klien dan sahabat. Handphone sebelum itu yang dibeli adalah Nokia 3210 sejak tahun 2000.
12. Kereta, masih menggunakan kereta yang ‘dipaksa oleh boss’ sewaktu makan gaji untuk membelinya, kerana staf bawahan semuanya pakai kereta, kecuali SK. Harganya RM 51,000 ketika beli (tahun 2000), sekarang harganya sekitar RM 13,000. Aksesori kereta yang dipasang sejak beli adalah pembalut stereng yang berharga RM 9.90. Sejak 2009 ada hamba Allah yang hadiahkan sport rim secara percuma walaupun tidak diminta ataupun diangan-angankan.
13. Rumah – rumah yang saya diami sekarang, cukup untuk membuatkan kami sekeluarga bahagia walaupun jika tetamu datang mereka terkejut melihat saiz rumah yang kami diami sementara masih ada di dunia. ‘Kecil’.
14. Meja makan di hadiahkan sewaktu kahwin yang berharga sekitar RM 400 yang lengkap dengan 4 kerusi. Itulah satu-satunya meja makan yang ada di dalam rumah.
15. Meja yang digunakan bagi menaip adalah sebuah meja keras yang dihadiahkan oleh seorang hartawan, selepas beliau berpindah ke ofis baru.
16. Solat Terawih pada setiap malam
17. Derma pada setiap hari
18. Melawat pembinaan rumah baru yang sedang dibina – Taman Barzakh sebelum ke pejabat. Kawasan Perkuburan Masjid Al-Riduan Hulu Klang.
Jam tangan juga dihadiahkan oleh seorang hamba Allah. Harganya sekitar RM 500 pada tahun 2008. Digunakan sehingga kini.
Cincin, disebelah kanan, cincin kahwin, disebelah kiri, cincin yang ditempah dengan batu Fairuz, harganya RM 200, dibeli pada awal tahun ini.
Di atas adalah sebahagian dari keperluan baru dan lama yang dikekalkan oleh kami bagi menyambut kedatangan syawal. Semoga maklumat di atas memenuhi keperluan sebahagian dari sepupu yang ingin mengetahui checklist peribadi kami.
2 comments on “Checklist Untuk Persiapan Raya?”