Soalan Kewangan Yang Ingin Ditanya Kepada SK

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Tuan dan Puan (sepupu) yang dimuliakan,

Di sini kita menyediakan ruang untuk kita semua menanyakan soalan berkenaan kewangan yang ingin ditujukan kepada Shamsuddin Kadir.

Mohon melontarkan pertanyaan itu di ruangan diskusi.

5 comments on “Soalan Kewangan Yang Ingin Ditanya Kepada SK”

  1. mohd fauzi juhari Reply

    salam, saya ingin mengikuti bengkel bebas dari belenggu hutang yang di anjurkan oleh pihak tuan di sekitar k. lumpur

  2. isba Reply

    Assalam tuan..saya ada wang dividen dari koperasi RM 6500..apa patut saya buat ngan duit tersebut..top up dalam hutang pembiayaan perumahan atau top up dalam hutang pembiayaan peribadi bank rakyat..pembiayaan perumahan sebulan rm 760 bank rakyat sebulan rm 930 selama 3 tahun je. terima kasih tuan.

  3. jai Reply

    Assalamualaikum tuan.Saya ingin minta pendapat tuan bagaimana menguruskan hutang-hutang saya.Saya mempunyai beberapa tanggungan hutang yang amat merungsingkan saya.
    1.Pinjaman peribadi-rm 200,000.baki rm 195,000.bulanan-rm 1,700
    2.Pinjaman ASB-rm 185,000.baki rm 180,000.bulanan rm 1,030.
    3.Pinjaman perumahan-rm 170,000.baki rm 165,000.bulanan rm 850.
    4.Pinjaman kenderaan-rm 60,000.baki rm 47,000.bulanan rm 564.
    Jumlah keseluruhan bayaran bulanan hutang rm 4,144

    #Gaji bersih selepas tolak pinjaman peribadi rm 1200.

    Aset yang ada ialah
    1.ASB duit sendiri -rm 259,000(x boleh ambil.dah pajak kat bank)—
    2.ASW (duit sendiri)-rm 234,000(x boleh ambil.dah pajak kat bank)
    3.Duit cash (ditangan) – rm 169,000( boleh ambil)

    Bagaimana saya nak melangsaikan hutang-hutang yang dinyatakan tersebut?
    Mohon pandangan tuan.terima kasih

    ##total ASB (loan + cash)= rm 185,000 + rm 259,000
    = rm 444,000

  4. julia Reply

    salam Tuan Shamsuddin ,

    situasi daya pun serupa dengan En jai…hutang jer
    1. hutang rumah RM110,000.00 – sebulan RM673(tapi alhamdulillah ada penyewa, dapat RM800 sebulan)
    2. hutang kereta RM65,000- sebulan RM733.00 ( 9 tahun , ada baki 7 tahun …adusss)
    3.hutang personal loan bank rakyat- buat rumah sewa 3 unit – sedang buat belum siap…tiasa penyewa RM1,398 sebulan selama 15 tahun..
    4. gaji bersih tinggal RM 1,650 sahaja lagi…….
    5. hutang dengan tuhan, takut tak terbayar sebelum MATI..

    saya dah penat buat hutang, apa pandangan tuan…
    terima kasih tuan…

  5. thinkerich Reply

    isba,

    Prinsip dalam menjelaskan hutang ialah bayar hutang faedah tinggi terlebih dahulu. Dalam kes tuan/puan tersebut, kita perlu lihat pada jenis faedah yang dikenakan. Pembiayaan Peribadi biasanya mengenakan faedah tetap yang jauh lebih tinggi dan mahal kosnya berbanding pinjaman perumahan.

    Namun begitu, semak dengan pemberi pinjaman perumahan iaitu bank atau semak pada perjanjian pinjaman rumah tersebut. Ini kerana terdapat pelbagai bentuk pinjaman perumahan yang ditawarkan masa kini dengan pelbagai ciri kewangan.

    THINKERICH

    T

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *