Bengkel Mengurus Wang @ BMW 29 Mei 2010

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Bengkel Mengurus Wang akan dijayakan pada hari Sabtu 29 Mei 2010 dari Jam 10 Pagi sehingga 4 petang. Bayaran adalah RM 50 terhad kepada 8 orang peserta sahaja.

Pelajari kemahiran dalam selok belok menguruskan wang gaji ataupun pendapatan kita dari trainer yang banyak menjayakan kursus Bijak Mengurus Wang, dan juga penulis buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang yang telah dicetak 4 kali di Malaysia dan juga telah diterjemahkan dan diterbitkan di pasaran Indonesia.

Hanya tinggal beberapa tempat lagi untuk bengkel kewangan diri untuk tarikh29 Mei 2010. Kepada penyertaan yang lewat hanya dapat mengikuti bengkel seterusnya akan dibuat pada penghujung bulan Jun 2010 nanti.

Dengan bilangan peserta yang terhad iaitu 8 orang, setiap peserta dapat mempelajari sebanyak kemahiran dan dapat juga menanyakan banyak pertanyaan kepada jurulatih iaitu Tuan Shamsuddin Kadir sendiri.

Ikuti informasi berkenaan bengkel ini di Radio24 93.9fm pada setiap hari mulai jam 12.55 tengahari bermula pada 23 Mei sehingga 28 Mei 2010.

Kepada yang ingin menghadiri emelkan ke info@sk.my, tuliskan tajuk Bengkel Mengurus Wang 29 Mei 2010, sertakan nama dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

Lokasi : Ultra Mind Resources 11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur Tel: 03 4142 5300

www.ShamsuddinKadir.com

Dilaporkan oleh Nor’Aini Mohamed Noor

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *