Bagaimana Bebas Dari Bebanan Hutang?

Tuan dan Puan (semua sepupu) yang dimuliakan,

Antara perkara yang boleh kita lakukan untuk tidak menangung bebanan hutang adalah seperti berikut:

  • Baca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan aplikasikannya ilmu yang dipelajari itu nanti – Sehingga kini kami menerima testimonial yang menyatakan buku itu telah membuatkan individu yang dikelilingi hutang dapat membebaskannya dalam masa kurang dari 6 atau 9 bulan dan mereka juga dapat menambahkan harta halal mereka. Yang paling menarik adalah mereka yang membaca dan mempratikkan ilmu dalam buku itu berkata ‘Saya sangat bahagia dan tenang sekarang’.
  • Elakkan dari membaca ‘flyers’ pinjaman peribadi yang disediakan oleh bank dan koperasi
  • Elakkan dari menziarahi kedai-kedai menjual kereta ataupun membaca majalah berkenaan kereta
  • Elakkan menyimpan kad kredit dalam poket jika kita tidak dapat membayar barangan yang kita beli itu.
  • Elakkan membaca majalah yang mempromosikan hiasan hidup di dunia khayalan yang bertentangan dengan psikologi manusia.
  • Gantikan waktu kita yang digunakan bagi menonton filem setiap malam kepada membaca 1 helai ataupun 1 bab sehari.
  • Elakkan dari membuat hutang lagi
  • Tingkatkan nilai diri, kerana apabila kita merasakan diri kita mahal, kita tidak perlu barangan ataupun hiasan untuk ditunjuk-tunjuk kepada orang lain supaya mereka melihat kita ini ‘kaya’ ataupun ‘mahal’.

Ataupun Tuan dan Puan juga boleh menghadiri Bengkel Mengurus Wang pada hari Sabtu 29 Mei 2010 di Ultra Mind Resources di 11-2 Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati 53300 Kuala Lumpur. RM 50 sahaja, terhad kepada 8 peserta sahaja. Kepada yang berminat boleh hubungi 03 4142 5300 (waktu pejabat 9 – 4 petang) ataupun emelkan nama dan nombor telefon ke info@sk.my, tuliskan tajuk : Bengkel Mengurus Wang 29 Mei 2010.

Shamsuddin Kadir

1 comments on “Bagaimana Bebas Dari Bebanan Hutang?”

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *