Apabila kita menguruskan kehidupan kita di atas muka bumi ini, perkara paling penting yang perlu kita penuhi adalah keberkatan. Tanpa keberkatan hidup kita di dunia tidak bernilai (kosong) kita tidak dapat membuat pahala sewaktu di dunia. Satu-satunya matawang yang diterima oleh Allah adalah pahala.
Tidak kira rezeki duit sebanyak mana yang Allah kurniakan kepada kita, ada sepupu kita yang tidak dapat menikmati hidup dengan tenang dan selamat. Duit tidak cukup untuk membeli beras, membayar sewa rumah, membeli makanan ataupun menghantar anak ke sekolah. Sudah pasti, mereka tidak mampu memiliki kereta sendiri, apatah memiliki rumah sendiri. Mereka juga tidak dapat menikmati kesedapan buah-buahan luar negara dan juga makanan segera.
Bagaimana kita ingin menetapkan jumlah minima yang kita sepatutnya ambil untuk diri sendiri dan keluarga dan lebihan itu kita membantu saudara, jiran yang amat memerlukan.
Apabila dinyatakan berkenaan dengan kereta, apakah had kita? Supaya kita hanya ambil kereta yang perlu sahaja sementara masih di dunia ini, kerana kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di Akhirat nanti di atas setiap ringgit yang kita belanjakan.
Begitu juga dengan sofa dan peralatan di dalam rumah kita, adakah kita hanya membelanjakan duit Tuhan itu untuk keperluan kita sahaja?
Semoga kita sentiasa hidup di dalam batasan keberkatan yang menjadi ukuran Allah dalam memastikan kita sentiasa bertindak seperti mana kita berikrar di dalam sembahyang iaitu ‘Sesungguhnya sembahyangku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanya semata-mata kerana Allah.
1 comments on “Kehidupan Di Luar Batasan Keberkatan”