Panduan Bagi Tetamu Kali Pertama Blog SK

Bagaimana saya mahu menanyakan soalan kepada En Shamsuddin. Saya baru pertama kali mengunjugi website ini.

—————————–

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua tetamu blog yang saya muliakan.

Pertama-tamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian tuan dan puan melayari halaman blog shamsuddinkadir.com

Bagi yang ingin berkongsikan pandangan, sokongan dan pertanyaan ringkas boleh meninggalkannya di ruangan komen yang disediakan pada setiap entri ataupun artikel yang diterbitkan di halaman blog ini. Jika tuan dan puan yang ingin menanyakan soalan ataupun memberi pandangan dalam jumlah perkataan yang banyak, tuan dan puan dipersilakan untuk menghantarkannya ke shamsuddinkadir@yahoo.com.

Kepada kakitangan yang menjaga hal ehwal latihan untuk kakitangan di organisasi mereka, boleh menghubungi saya di 03-5548 43 48 ataupun mengemelkan kepada saya di info@shamsuddinkadir.com, bagi mendapatkan informasi berkenaan kursus ataupun ceramah yang dijayakan oleh Shamsuddin Kadir.

Saya berusaha bagi menjawab hampir setiap emel yang dihantar di www.shamsuddinkadir.com, bagi persoalan yang sensitif, ataupun yang boleh mengaibkan seseorang, saya akan mengunakan nama samaran. Ini bermakna saya tidak akan mengunakan nama sebenar tuan dan puan yang menghantar emel tersebut. Ini bermakna setiap jawapan yang saya bagi dikeluarkan di blog ini.

Sebaiknya yang mengunakan emel, pastikan tajuk ataupun subjek di tulis dengan jelas, ini bagi memastikan saya dapat membezakannya dengan emel palsu ataupun SPAM.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *