Isu Kad Kredit Telah Selesai Di ShamsuddinKadir.com

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Tuan dan Puan yang dimuliakan,

Isu-isu berkenaan kad kredit telah selesai dibicarakan di www.shamsuddinkadir.com, ada berpuluh-puluh artikel @ entri dalam blog ini, dan isu ini juga telah dibicarakan di dalam buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang.

Sehingga ke hari ini, Shamsuddin Kadir tetap tidak menyarankan 100% kepada individu yang ketika ini memiliki hutang kad kredit untuk terus mengunakan kad kredit walaupun 1 kad kredit.

Hutang kad kredit adalah satu dari hutang yang membuatkan kita semakin lama semakin miskin. Abaikan tawaran hadiah, point yang akhirnya membuatkan banyak individu ‘jiwa kacau’.

Shamsuddin Kadir juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada setiap sepupu yang sudah tidak mengunakan kad kredit dan menukarkannya kepada kad debit (ATM).

Semoga Malaysia menjadi negara bebas kad kredit (mengunakan duit orang lain terlebih dahulu, sebelum mengunakan duit sendiri bagi mengkayakan orang lain sepanjang hayat).

Kepada Tuan dan Puan yang ingin maklumat tentang bicara kad kredit di blog www.shamsuddinkadir.com , dipersilakan bagi membaca artikel yang telah ditulis sejak 2006 yang semuanya tersimpan di dalam blog ini.

Shamsuddin Kadir

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *