Tim SK : 10 Usahawan Super Di Cari

Kami sedang mencari 10 individu yang bercita-cita menjadi usahawan super yang memasuki dunia bisnes kerana perjuangan bagi membantu diri sendiri dan orang lain.

10 orang peserta yang menyertai kursus pada 4 April ini akan mendapatkan bimbingan dari Shamsuddin Kadir sendiri bagi mendapatkan kemahiran.

 

Kali ini juga Shamsuddin Kadir akan memberikan khidmat rundingan dan bimbingan secara berterusan selepas kursus. Ini bagi memastikan peserta kursus ini benar-benar berusaha dengan jayanya bagi menjadi Usahawan Muslim Super.

Bagaimana kami memulakan bisnes realiti di pasaran realiti dengan hanya bermodalkan RM 100 sahaja. Tuan dan Puan juga dapat melakukan begitu juga dengan graduan-graduan kami yang sebelum ini yang mengikuti kursus Berhijrah Menjadi Usahawan.

Kenapa 10 orang sahaja ? Ini bagi memastikan kami dapat memberikan sepenuhnya perhatian dan permindahan kemahiran kepada Tuan dan Puan secara sepenuhnya. Ini bagi memastikan Tuan dan Puan memiliki waktu yang teramat banyak dan juga peluang bagi memahami dan mempratikkan.

Kami juga menyediakan khidmat ruang bagi peserta yang ingin menjalani latihan pratikal sebagai Usahawan Super di organisasi kami, ianya boleh dilakukan sama ada sewaktu hari bekerja ataupun pada hari cuti, iaitu sama ada pada hari Sabtu ataupun Ahad. Latihan pratikal pada hujung minggu bukannya setiap Sabtu dan Ahad, ini bagi memastikan Tuan dan Puan ada banyak ruang untuk membelanjakan waktu berkualiti dengan keluarga. Ini membantu Tuan dan Puan mempelajari dan mempratikkan terus kemahiran yang dipelajari.

Di Learning Station kami juga menyediakan ruang dan tempat kepada peserta yang ingin memulakan bisnesnya di sini, pelbagai inisiatif dan pakej di sediakan.

Shamsuddin Kadir

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *