Assalamualaikum dan salam Sejahtera,
Kepada semua sepupu yang dimuliakan, semoga Allah sentiasa mengurniakan kepada Tuan dan Puan dengan limpahan hidayah dan juga kebaikan yang datang mendadak pada setiap pagi dan petang hari. Amin.
Pertama-tamanya saya mengucapkan syukur di atas emel, sms dan informasi yang dihantar melalui face book Shamsuddin Kadir, berkenaan kejayaan Tuan dan Puan yang berjaya membebaskan diri dari hutang hasil dari pembacaan buku-buku tulisan SK, menghadiri kursus dan juga melalui pembacaan blog ini.
Banyak juga individu yang memberi respons, mereka tidak sempat masuk perangkap hutang kerana terlebih dahulu membaca buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang dan mengikuti kursus dan juga tips dari blog ini.
Tuan dan Puan, selain dari bacaan dan menghadiri kursus, saya ingin mencadangkan lagi agar sepupu semua mencari mentor yang ada perjuangan hidup.
Jika Tuan dan Puan tidak dapat bertemu dengan orang seperti itu, cari orang yang berumur ataupun yang sudah tua, dampingi hidup beliau, secara tidak disedari cara kita berbelanja berubah, cara kita bercakap dengan orang lain pun berubah, cara kita berfikir turut berubah dan yang paling penting, kita menjadikan diri kita seorang mentor baru yang akan dijadikan tempat rujukan dan juga ikutan.
Sudah tiba masanya mentor-mentor baru ini menyumbangkan pandangan dan buah ilmu Tuan dan Puan di halaman ini, saya juga ingin menjadi mentee Tuan dan Puan.
Jika dipermudahkan saya ingin mengadakan pertemuan dengan individu yang ingin menjadi ‘mentor baru’. Insyaa-Allah kita akan mempelajari bagaimana untuk menjadikan diri kita sebagai mentor iaitu memberi kebaikan kepada orang lain. Mengikut kajian saya, individu yang mengikuti informasi dalam blog ini lebih dari 10 kali, mereka itu sudah memiliki ciri-ciri mentor baru.
Mentor baru tidak semestinya dalam bidang kewangan.
Kami juga di Kumpulan SK juga sedang mencari individu berpotensi untuk digilap bagi menjadi sebahagian dari ahli keluarga Ultra Mind Resources.
Shamsuddin Kadir
2 comments on “Sepupu SK Sudah Berjaya ‘Tahniah’”