Syukur kepada Allah, kerana di saat ini kita masih diberi peluang untuk memperbaiki diri sebelum malaikat maut datang untuk mencabut nyawa. Seperti peringatan Tuan Azemi Ali sepupu kita yang menyatakan malaikat Maut datang melawat 30 hari sehari. Berapa kali kita menyedari kedatangan beliau dalam kehidupan kita?
Saya akan meneruskan Perjuangan agar tiada lagi sepupu saya yang memiliki barah kewangan dan kepada sepupu yang belum terjebak, perjuangan saya adalah supaya mereka dapat menghidarkan diri.
Matlamat peribadi saya, adalah bagi memastikan dalam 3 – 6 bulan pertama 2010, semua hutang yang saya ada semuanya selesai kecuali hutang pembelian Rumah yang disewakan sahaja. Semoga saya dapat kekal untuk tidak membuat hutang baru lagi kecuali hutang bagi pembelian rumah demi rumah bagi menyediakan tempat tinggal dengan harga sewa yang berpatutan.
Tahun 1431 @ 2010 juga saya ingin membiayai seorang lagi anak yatim. Saya juga bercadang untuk menangung sewa rumah untuk sebuah keluarga yang tidak mampu.
Saya juga bercadang untuk menghadiahkan barangan keperluan asas untuk keluarga yang memerlukan antaranya adalah :
1. Peti sejuk
2. Mesin Basuh
3. Sofa
4. Dapur masak
5. Buku
dan lain-lain yang diperlukan.
Masih ingin hidup dalam keadaan suasana rumah, kereta, dalam banyak hal adalah sederhana. Masih kekal dengan stail untuk tidak menjadikan menonton movie sebagai satu keperluan hidup.
Menyiapkan buku perjuangan ‘Jalan Pulang’ dan juga memastikan lebih ramai sepupu yang mendapatkan kemahiran kritikal yang ditawarkan oleh kumpulan SK melalui kursus-kursus yang dianjurkan.
Insyaa-Allah halaman web rasmi kumpulan sk yang sudah 90% siap akan diumumkan dalam sedikit masa lagi. Halaman ini fokus kepada bidang latihan yang disediakan oleh Ultra Mind Resources.
Apa yang paling penting dalam hidup saya adalah bagi melihat semua sepupu saya dapat melalui kehidupan dengan ketenangan, kebahagian tanpa dibebani dengan hutang yang tidak perlu. Semoga tiada lagi sepupu saya, tidak lagi menfokus kepada kebahagiaan kebendaan.
Kepada sepupu yang tarikh matinya bakal sampai di tahun 1431 @ 2010, semoga saudara kembali membawa amalan.
Mencari untuk ditinggalkan, meninggalkan apa yang patut dibawa (bekalan)…segala apa yang kita cari iaitu duit, kereta, rumah..sofa, hp canggih, tv plasma semuanya akan ditinggalkan, apa yang dibawa kain kapan untuk hiasan luaran dan AMALAN itu sahaja yang menjadi tiket ke Syurga.
Mengurangkan melayari halaman internet kepada 60 minit sahaja (MAKSIMUM) untuk sehari iaitu bagi menghantar, membaca dan membalas emel, mengupdate website dan berbicara di halaman sosial.
Shamsuddin Kadir
1 comments on “Tahun 1431 @ 2010 Perjuangan Diteruskan”