Tuan, Puan dan semua sepupu yang dikasihi,
Shamsuddin Kadir sekeluarga akan ke Johor pada pagi Isnin 28 Disember ini dan akan berada di sana sama sehingga 29 ataupun 30 Disember 2009.
Ianya adalah kunjungan hormat kami sekeluarga kepada Tuan rumah (Pak Aji dan Mak Aji) tempat kami menyewa sewaktu bertugas sebagai krew kargo, dan juga jiran kami (Abang Man dan Kak Nor). kedua-dua keluarga ini adalah teramat baik sekali, ‘kelas A’.
Shamsuddin Kadir juga akan melakukan kunjungan hormat kepada Klien utama kumpulan SK, dan juga singgah di UTM bagi menemui mentor yang tidak pernah bersua iaitu Dr. Khatijah.
Sudah pasti sebelum pulang singgah di Senai Airport bertemu rakan lama yang pernah bersama ketika saya bertugas di Airport ini.
Banyak juga kenangan manis kami di Johor.
Shamsuddin Kadir