Motivasi Pagi Di TV3 – Antara Keperluan & Kehendak

Salam kepada semua,

Mohon maaf saya terlupa bagi memaklumkan siaran motivasi kewangan sambungan daripada 3 siri pertama yang ditayangkan pada bulan Ogos yang lalu. Pada hari ini, tajuk motivasi pagi adalah ‘Antara Keperluan & Kehendak’.  

Mutiara kata pada pagi ini adalah “Nikmat itu kaadang-kadang tidak disedari, hanya pabila ianya telah hilang, baru dirasai oleh kita”

Berlaku sedikit kesilapan teknikal, halaman web yang di nyatakan sepatutnya www.shamsuddinkadir.com tetapi ianya telah di tulis   www.motivasipelajar.com . Halaman motivasi pelajar itu adalah halaman rakan baik saya iaitu Osman Affan yang juga menjayakan Motivasi Pagi di TV3.  Insyaa-Allah, motivasi kewangan di TV3 akan ke udara lagi di masa hadapan.

Sebarang pandangan dan komen amatlah di alukan. Ataupun cadangan tajuk-tajuk untuk segmen motivasi di masa hadapan.

5 comments on “Motivasi Pagi Di TV3 – Antara Keperluan & Kehendak”

  1. MS Reply

    Assalammualaikum Tuan Sham,
    Pagi tadi saya ada menonton rancangan tersebut sebelum ke pasar. Eh, eh macam kenal je motivator tu…Rupa-rupanya tuan. Tahniah! Saya sempat mendengar nasihat tuan supaya menyediakan senarai sebelum pergi membeli. Saya memang selalu mengamalkan perkara itu tetapi akhirnya ada lebih kurang 10-20% barang yang dibeli tidak ada dalam senarai…Bagaimana ya?

  2. ijamidayu Reply

    Salam,

    Kenapa xtry upload seperti Irfan Khairi lakukan dan letak pada blog dia.

    Saya rasa pasti lebih ramai akan kunjungi blog saudara.

    My single cents idea.

  3. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam Puan MS,

    Barangan yang ekstra itu di sebabkan kita tidak bertegas dengan diri kita. Pada pandangan saya, sebaiknya belanja di luar senarai itu sebaiknya dalam lingkungan 5% daripada jumlah seluruh belanja. Contohnya jika kita ke pasar, jumlah yang kita ingin belanja adalam RM200, maka kita dibolehkan berbelanja ekstra RM 10 sebagai reward di atas taat setia kita kepada senarai yang kita sendiri tetapkan.

    Terlalu strict kadang kala ‘membebankan’ tetapi disiplin itu yang menjadikan kita seseorang yang berjaya.

  4. Shamsuddin Kadir Reply

    Salam saudara Ijamidayu,

    Bagus cadangan saudara itu, saya akan cuba menghubungi TV3 bagi mendapatkan satu salinannya dan meletakkan di blog ini.

    Terima kasih di atas satu lagi idea dan usaha untuk memandaikan masyarakat.

  5. Pingback: How To Stay Motivated | Busby SEO Test

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *