Kebanjiran Pekerja Membuat Bisnes 2 Dalam 1

Terdapat dua asas utama dalam menghasilkan duit bagi membiayai kos sara hidup kita sewaktu di dunia ini. Yang pertama adalah dari sumber pekerjaan ‘makan gaji’ dan yang kedua dan terakhir adalah ‘bisnes’.

Di mana seorang individu muslim pernah berkata, 1/10 dari sumber pendapatan yang ada di atas muka bumi ini adalah melalui pekerjaan iaitu makan gaji. Manakala 9/10 sumber pendapatan datang dari perniagaan.

Di dalam masyarakat Malaysia,

  • ada sepupu kita yang membuat pilihan untuk menjadi pekerja sebagai pilihan bagi mendapat duit keperluan bagi memenuhi keperluan hidup.
  • ada sepupu kita yang membuat pilihan untuk mendapat duit dengan berniaga sebagai usaha bagi memenuhi keperluan hidup.

Kedua-dua cara ini adalah murni dan kedua-dua cara ini adalah berkat. Tidak ada kekurangan dari segi keberkatan (duit ke syurga) walaupun kerjaya mana yang kita pilih. Tahniah dan syabas kepada sepupu kita yang memilih salah satu daripada profession yang halal di atas.

Kini timbul satu lagi konsep baru di mana ada individu memilih untuk menjadi pekerja dan pada masa yang sama membuat bisnes. Adakah ianya konsep yang terbaik iaitu 2 dalam 1?

Adakah ada individu yang membuat bisnes sepenuh masa dan membuat kerja (menjadi pekerja) separuh masa ‘part time? Rasanya seperti tidak ada, ada yang berkata mustahil ianya berlaku.

Bagaimana dengan individu yang ‘makan gaji’ dan pada masa yang sama membuat bisnes? Ini yang paling banyak, dan berkembang setiap hari.

Apabila timbul kebanjiran individu yang makan gaji yang mengunakan masa iaitu dalam 24 jam itu bagi membuat bisnes sama ada online ataupun offline :

  • apakah kesan kepada majikan tempat beliau bekerja?
  • apakah kesan kepada fokus beliau terhadap pekerjaan ‘makan gaji beliau itu’
  • Apakah servis yang dapat mereka berikan kepada pelanggan bisnesnya yang part time itu?
  • Apa yang membuatkan beliau terus menerus makan gaji, walaupun sudah membuat bisnes?

 Bilakah waktu individu iaitu sepupu kita yang makan gaji itu membuat bisnesnya ? Selepas waktu pejabat ataupun setiap masa?

Apakah yang menyebabkan mereka menceburi bidang bisnes part time?

  • Jiwa bisnes lahir dari keluarga yang 100% bisnes
  • Menangung bebanan hutang yang besar (loan kereta 9-12 tahun, loan rumah lebih dari 20 tahun)
  • Menangung bebanan barah (pinjaman peribadi, skim ansuran mudah, kad kredit…)
  • Ingin jadi kaya (MLM, Direct seling dan juga bisnes online)
  • Ingin duit lebih…

Adakah individu yang bekerja sebagai pekerja dan pada masa yang sama buat bisnes secara part time, bolehkah mereka memberikan komitmen kepada pekerjaan mereka? 

Organisasi yang ingin berjaya perlu mempunyai garis panduan yang jelas, sama ada membenarkan ataupun tidak membenarkan pekerja mereka dari melakukan dua kerja dengan matlamat yang berbeza.

Jika bisnes part time diusahakan bagi memberikan mereka masa antara 6 – 12 bulan untuk berhenti kerja, mungkin tidak keterlaluan untuk majikan membenarkannya.  Jika pekerja itu tetap menjadi pekerja walaupun sudah 1 tahun membuat bisnes online ataupun offline tetapi tidak juga berhenti kerja, apakah lebih baik untuk majikan?

Jika kita in membuka bisnes ‘real’, adakah kita ingin mengambil orang seperti kita menjadi pekerja sepenuh masa?

Soalan ini bagus ditanya kepada individu yang bekerja makan gaji dan telah membuat bisnes online ataupun offline melebihi 1 tahun.

2 comments on “Kebanjiran Pekerja Membuat Bisnes 2 Dalam 1”

  1. roslan Reply

    tuan sham, kalau begitu nampak gayanya org mkn gaji jgn buat business part time klu menjejaskan fokus terhadap kerja.Dlm keadaan ekonomi sekarang ramai yg mkn gaji buat mcm2 business.mcm cerita p.ramlee cikgu saari yang tido dalam kelas kerana mengantuk pasal mlm kerja part time main muzik di kelab…”cikgu suka main bola, hari-hari cikgu main bola…sorang demi sorang murid membaca di papan hitam hinggalah sorang murid berkata: cikgu suka tidur hari-hari cikgu tidur, mari kita main….hahaha..apa komen tuan sham

  2. syed Reply

    apa yang kita usahakan,yang penting kita mesti fokus..jika 8 or 9 jam diperuntukan utk kerja makan gaji.Harus fokus 100 %.Selepas itu masa utk kta,terpulang mcm mana kta nak memjadualkan waktu kita seharian,semua org diberikan 24 jam sehari.Jka mampu buat 2 atau 3 kerja sehari lakukan,selain dari tanggungjawab wajib kita kepadaNya….

    Pendapt saya sendiri.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *