Gambar di atas disalin dari alamat yang tertera di atas, Shamsuddin Kadir pernah menjadi krew sebuah syarikat penerbangan kargo sewa khas yang menggunakan kapalterbang Antonov 12.
Ketika berada di Kuching, Sarawak pada 16-18 Disember 2009 Shamsuddin Kadir membuat keputusan untuk melihat alam baru dari atas. Jika dipermudahkan oleh Allah Shamsuddin Kadir akan menyewa sebuah kapalterbang (pesawat) kecil yang boleh memuatkan 2 orang sahaja bagi membawa Shamsuddin Kadir meneroka Alam baru yang ingin ditemui.
Sedang memikirkan sama ada menyewa di Subang Airport, Senai Airport ataupun Kota Bharu Airport.
Tahun 2010 antara matlamat yang Shamsuddin Kadir tetapkan adalah melakukan satu perjalanan di luar daerah mengunakan kapal terbang sebulan sekali. Ini adalah bagi memastikan projek utama dapat dijayakan dengan sempurna pada 2011 nanti.
Tahniah juga kepada Tuan Syahrulnizam Junaidi dan Abdul Razak Bahtrem yang menjemput saya bagi sesi perbincangan untuk kedua-dua malam saya berada di Kuching. Sepanjang saya berada di Kuching saya melihat orang Kuching ini amat menghormati tetamu.
Ini dapat dilihat dengan kehadiran bos PSMB cawangan Sabah iaitu Cik Tuty, yang mengorbangkan sebahagian dari hari cuti beliau (Maal Hijrah) untuk bertemu dengan saya di Lobi hotel tempat saya tinggal. Terima kasih kepada semua rakyat Sarawak yang kaya dengan budi dan peribadi yang mulia itu.
Terima kasih juga kepada Tuan Syahrulnizam yang luarbiasa apabila menyediakan perkhidmatan di luar dari apa yang saya jangkakan.
3 comments on “Minda Sedang Meneroka Alam Baru : SK Ingin Melihatnya”