Bajet Selepas Raya

Hari ini tanggal 10 Syawal, iaitu 10 hari sudah kita merayakan hari Raya Aidilfitri. Ketika ini hampir semua keluarga ataupun individu sudah kembali ke rumah masing-masing. Ketika kemuncak hari raya, kita berada di kampung ataupun pulang ke rumah ibubapa, kini kita sudah kembali bertugas. Perkara yang banyak menjadi dilema selepas hari raya adalah bajet bagi memastikan duit yang berbaki ini dapat digunakan untuk meneruskan hidup sehingga hujung bulan ini ataupun sehingga gaji bulan Oktober di masukkan ke dalam akaun. Dilema ini hanya berlaku kepada individu ataupun keluarga yang belum mencapai ‘kebebasan kewangan’. Di mana sebahagian daripada kita masih tidak mampu ataupun bersedia untuk merancang kewangan mengikut prinsip ‘sampul surat’. Duit raya sepatutnya diperuntukan daripada sampul surat yang bertajuk “Duit Raya’ yang telah disediakan sejak awal tahun ataupun 12 bulan yang lalu.

Sebaiknya jika kita belum mencapai kebebasan kewangan dengan erti kata, kita tidak merompak lagi diri sendiri (meminjam wang gaji yang sepatutnya diguna untuk membayar ansuran rumah, kereta dan sebagainya) elakkan melakukan perkara di bawah sepanjang bulan Syawal ini.

1. Mengadakan rumah terbuka dengan membiayai kos penyediaan dengan berhutang – kad kredit

2. Elakkan mengunakan kad kredit membeli barangan yang diluar senarai keperluan ‘asas’

3. Aktiviti di luar rumah yang tidak dirancangkan kerana semakin kerap anda berada di luar, peluang membelanjakan duit ke atas perkara yang tidak perlu meningkat.

4. Memasak banyak lauk agar tiada lauk yang akhirnya membazir.

5. Membuat hutang baru, hutang raya tahun lepas belum jelas lagi.

Mulakan di bulan mulia ini bagi mendekati dengan ilmu kewangan. Buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang boleh dijadikan buku permulaan. Manakala untuk mengalakkan anda berjimat, buku Biskut Ajaib dan Garaj Aiman dapat membantu.

Ramai juga tetamu blog dan pembaca buku kewangan yang sudah mencapai kebebasan kewangan dengan tidak lagi hidup ‘pergi pagi balik petang, dapat gaji bayar hutang’. Tanamkan azam semoga kita (yang masih belum mencapainya) juga dapat mencapai tahap tersebut dan praktikan apa yang sudah kita pelajari.

2 comments on “Bajet Selepas Raya”

  1. kart Reply

    Salam Tuan Sham.

    Tuan Sham, sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberi panduan merancang kewangan dengan prinsip `sampul surat – duit raya’ yang telah memberikan saya suatu kepuasan dan kegembiraan yang sukar saya gambarkan pada Hari Raya tahun ini.

    Satu lagi kaedah sampul surat yang baru saya mulakan setelah menonton Motivasi Pagi tuan tempoh hari iaitu sampul surat yang bertajuk `duit kereta’ untuk bayaran servis kereta berjadual dan untuk menukar tayar kereta.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *