Sejak 20 tahun yang lalu, semakin banyak cerita @ filem ‘movie’ di tayangkan sama ada di tv percuma dan berbayar. Tidak kurang dengan DVD dan filem yang di ‘download’ dari internet. Semuanya menjadi tawaran kepada masyarakat. Adakah menonton filem dapat membantu kita maju satu langkah ke hadapan? Itu adalah persoalan yang mempunyai 1001 jawapan. Di mana setiap individu ada jawapan mereka yang tersendiri.
Seperti sarapan malam, biasanya dilengkapi dengan pemanis mulut, filem dari barat menjadikan ‘Seks dan Arak’ sebagai ‘pemanis mulut’ bagi setiap filem mereka.
Di dalam ceritanya ditunjukkan berulang-ulang kali, apabila seseorang yang sedang ‘stress’ perlu menenangkan dengan meminum arak. Majoriti ceritanya tidak sah jika tidak menunjukkan adegan di luar batasan yang dibenarkan oleh Allah. Ini menjadikan sama ada anak-anak kita, saudara mara ataupun kita sendiri mudah terikut-ikut mempraktikkan aktiviti itu sebagai amalan normal dalam kehidupan.
Kini kita boleh lihat berapa ramai individu yang sudah menjadikan satu ataupun kedua aktiviti sebagai amalan ‘wajib’ dalam kehidupan.
Menonton ‘movie’ yang original bagi cerita yang berfaedah amat berbaloi di mana cerita itu sekurang-kurangnya ditapis dari ‘pemanis mulut haram’. Walau bagaimana SK tetapi tidak berpuas hati dengan CD original yang telah ditapis ‘cencor’ kerana banyak adegan tidak elok masih ada untuk ditonton oleh manusia yang bertuhankan Allah.
Cuba kita perhatikan berapa banyak DVD ataupun VCD yang kita miliki di rumah, berapa banyak duit yang telah dibelanjakan dan yang lebih penting sejauh mana hati dan fikiran ahli keluarga kita termasuk diri kita yang telah ‘kotor’ di sebabkan menonton sesuatu yang haram mengikut Allah.
Tidak menonton ‘movie’ ataupun mengurangkan bilangan ‘movie’ yang kita tengok tidak pernah menjadikan kita ketinggalan zaman, sebenarnya kita menjadi lebih hebat dengan mengunakan waktu itu bagi menambah ilmu dan menjadi hero ataupun heroin dalam dunia realiti tanpa perlu berkhayal ‘akulah hero/heroin dalam watak tersebut’
Walau bagaimanapun tidak dapat dinafikan, ada beberapa filem yang memberikan kebaikan ke dalam hidup kita. Ianya masih dalam jumlah yang sedikit.
Sejauh mana kita berlari, secepat mana kita mengejar pelangi dunia, kita tetap akan berpindah ke Taman Barzakh. Semoga kita semua sentiasa dipermudahkan oleh Allah bagi mempersiapkan diri bagi temujanji dengan Allah yang telah ditetapkan tarikhnya tetapi kita belum tahu akan tarikh tersebut.
Shamsuddin Kadir
Pelajar Sarjana Pendidikan – Kaunseling
2 comments on “Impak Menonton ‘Movie’ Ke Dalam Diari Hidup”