Pandangan yang disertakan diruangan diskusi kuliah.
Salam tuan, saya bukanlah seorang yang bagus dalam melontarkan komen yang membina. Maafkan saya jika komen ini hanya membuang masa tuan dan pembaca yang lain… saya ingin sekali menyatakan mengikut pengalaman saya sebagai lelaki yang beragama Islam.
Tuan… terus terang, apa yang dikatakan oleh tuan tidak dapat saya sanggah dengan ilmu dan pengalaman yang saya miliki. Mengadap internet adalah perkara sia-sia, sia-sia dalam banyak perkara… 90 peratus. Ianya lebih kepada hiburan sahaja… sekian.
Ridwan
——————————
Semua pandangan oleh Tuan dan Puan amatlah dihargai oleh halaman ini, tetamu dan juga shamsuddin kadir sendiri.
Semua pandangan adalah dihormati, pandagan Tuan Ridwan sebagai contoh akan membuatkan orang berfikir sebentar sama ada kenyataan itu ada kebenarannya ataupun sebaliknya. Sudah pasti ada yang menyokongnya dan juga yang menolaknya. Kita hormati pandangan masing-masing.
Kepada tetamu lain, sudi-sudikan bagi memberikan pandangan, ianya adalah untuk kebaikan bersama.
Shamsuddin Kadir
1 comments on “Setiap Maklum Balas Amat Berharga”