Internet ketika ini sudah menjadi satu instrumen yang banyak membuatkan individu terutama pekerja menangung rugi yang banyak antaranya adalah :
- Rugi masa yang dihabiskan bagi membaca dan menghantar emel yang tidak bernilai
- Rugi masa yang dihabiskan bagi chit chat yang ‘tidak berguna’ di Facebook, twitter dan…
- Rugi masa membaca informasi berita ‘hari semalam’ yang banyak memuatkan unsur negatif bercanggah dengan teknik menulis berita Surah Yusof.
- Rugi masa mendownload informasi yang akhirnya kita menyesal.
- Rugi masa membaca ‘sales letter’ ataupun surat jualan bisnes-bisnes cepat kaya… jarang bisnesnya lambat kaya…
- Menonton video dan youtube yang tidak memberi faedah kepada kualiti hidup.
Jika kita diberi hidayah, kita akan sedar di penghujung hari ini, jika tidak kita mungkin sedar apabila semuanya sudah terlambat untuk kita mengubahnya. Berapa lama kita menghadap facebook juga sudah pasti tugas yang dipertanggungjawabkan oleh majikan tidak dapat kita tunaikan dengan sebaiknya.
Belanjakan sebahagian duit, bagi membeli buku dalam RM 20 – 50 sebulan, dan bawa buku itu ke tempat kerja, apabila ingin rehat sebentar baca buku.
Buku yang saya ingin cadangkan pada hari ini adalah ” 21 kunci pemimpin efektif oleh John C. Maxwell yang telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu oleh penerbit PTS Publication…
Apabila Tuan mempratikan apa yang bagus dalam ilmu yang baru dipelajari itu, ianya memberikan Tuan kelebihan lebih dari 1 tahun mengadap internet. Insyaa-Allah (if God willing) saya akan kongsikan informasi yang ada dalam buku dari masa ke semasa di Learning Station Wangsa Melawati.
Shamsuddin Kadir
Pingback: Rangkaian DuniaHerba.net » Blog Archive » Mencari Masa Tambahan…
Pingback: Mencari Masa Tambahan… | Blog Perniagaan Internet