Diari SK: Lima Hari Menghadiri Kursus TOT

Mulai  hari Isnin ini iaitu dari 8 sehingga 12 September 2008 saya akan menghadiri kursus Train The Trainer sebagai peserta di Pembangunan Sumer Manusia Berhad, Jalan Beringin, Damansara Heights.

Antara rakan trainer lain yang turut bersama mengikuti adalah Tuan Osman Affan, YM Dr. Tengku Asmadi, Tuan Fadzli Yusof, Tuan Sabtu dan banyak lagi…

Oleh itu, saya mungkin tidak dapat memberi balas secepat mungkin sepanjang minggu ini. Insyaa-Allah saya akan membaca emel dan komen yang diberikan selepas waktu berbuka ataupun selepas solat Terawih.

Membina Dimensi Sebenar!

www.ShamsuddinKadir.com

5 comments on “Diari SK: Lima Hari Menghadiri Kursus TOT”

  1. kart Reply

    Assalamualaikum Tuan Sham.

    Hai lama betul rasanya Tuan Sham berkursus. Saya sebagai pembaca blog Tuan Sham terasa lamanya menunggu tip-tip kewangan dan ilmu-ilmu yang tuan selalu sampaikan dalam blog ini.

    Selamat Berkursus Tuan Sham.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam Kart,

    Saya terlalu sibuk, ada tugas yang perlu di siapkan dirumah dan perlu di hantar keesokkan hari. Ianya sebahagian daripada markah.

    Saya akan cuba memasukkan satu entri pagi esok, jika sempat.

  3. Shamsuddin Kadir Reply

    Salam saudara Roslan,

    Saya sedang ‘menyiasat’ bagaimana entri saudara di ruang ini tiba-tiba hilang.

    Sebenarnya buku ketiga yang telah keluar adalah buku Kaya dengan Rumah dan bukannya Kaya Dengan Rumah dan Kereta seperti yang tercatat di dalam buku Makan Gaji Tetapi Kaya di muka surat 107.

    Mohon maaf sekali lagi, bahawa buku yang dimaksudkan itu adalah Kaya Dengan Rumah.

  4. kart Reply

    Assalamualaikum Tuan Sham.

    Terima kasih banyak Tuan Sham, walaupun Tuan sibuk tapi masih dapat juga memberi ilmu kepada para pembaca semua. Tuan Sham adalah Tuan Guru saya dalam ilmu kewangan.

    Jutaan terima kasih Tuan Sham.

  5. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam Kart,

    Kata Iman Syafie, “Aku lebih rela hidup yang pendek, tetapi penuh berisi, daripada hidup yang panjang tetapi kosong”

    Saya tidak tahu selama mana saya akan hidup, jadi saya ingin gunakan kesempatan yang ada bagi berusaha berkongsikan ilmu yang bermanfaat kepada kita semua.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *