Halaman www.shamsuddinkadir.com diwujudkan bagi menyediakan ruangan kepada kita semua meningkatkan penguasaan kewangan diri dari masa ke semasa. Saya juga merasa bertanggungjawab bagi meneruskan menyediakan platform bagi membantu peserta kursus, pembaca buku dan juga semua tetamu yang melawat halaman ini bagi memastikan setiap apa yang kita pelajari dapat dimanfaatkan sebaiknya.
Impian saya adalah bagi memastikan setiap individu di atas muka bumi ini terutama di Malaysia, dapat mendorong diri sendiri bagi meningkatkan kemahiran dalam menguruskan hal-hal berkaitan dengan kewangan diri. Sejak beberapa tahun usaha ini di lakukan, saya melihat hanya sebilangan kecil individu yang sudah berjaya mendorong dirinya menguasai ilmu kewangan secara berterusan. Sebagai contohnya tetamu blog yang bernama Kart berjaya mendorong dirinya meminati dan menguasai kemahiran demi kemahiran dalam ilmu kewangan.
Saya merasakan sudah tiba masanya setiap individu mengaplikasikan ilmu-ilmu kewangan yang kita pelajari sama ada di halaman ini, di dalam buku-buku ataupun di mana-mana bagi memberikan manfaat kepada ‘network’ ataupun kenalan, jiran, rakan sekerja dan juga saudara mara kita.
Individu-individu yang menjadi Duta-Duta Kecil dapat menjayakan Misi Celik Kewangan. Tidak ada bezanya antara Tuan & Puan dengan saya, kita sama-sama manusia yang mempunyai keupayaan yang terbatas. Apa yang dapat kita lakukan hanyalah menjadi Pemimpin Pilihan Terakhir. Ya setiap daripada kita adalah Pemimpin Terakhir kepada diri kita sendiri> Kita boleh gunakan keupayaan sebagai Pemimpin yang telah Allah kurniakan dengan menjadikan kita manusia bagi berusaha membantu sebanyak ramai individu menguasai ilmu-ilmu yang bermanfaat.
Sempena bulan Ramadan ini, serlahkan ciri-ciri Pemimpin Pilihan Terakhir sebagai usaha hakiki mencari keredhaan Allah sepanjang hayat.
Saya dengan ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas setiap usaha Tuan dan Puan semua dalam memastikan lebih ramai umat manusia dapat hidup bahagia dan tenang dengan membantu mereka menguasai kemahiran mengurus kewangan hidup. Insyaa-Allah setiap apa yang baik kita usahakan akan menjadi amalan yang menerima pembalasan yang sebaiknya dari Allah SWT.
Salam Ramadan
3 comments on “Duta-Duta Kecil Misi Celik Kewangan”