Pinjaman Peribadi Untuk Membina Rumah Sewa

Tuan,
mohon pandangan tuan tentang persoalan saya , adakah keputusan saya untuk membuat pinjaman peribadi dengan bank xyz dengan caj 5.5% setahun , selama 15 tahun , dengan nilai 60,000 . untuk dibina rumah sewa yg sederhana luas 20×32 kaki, untuk disewa sejumlah rm450.00 sebulan .

Adakah keputusan ini tepat…daya tidak mempunyai simpanan  dalam bank, walau bagaimanapun saya mempunyai tanah sendiri untuk tapak pembinaan rumah sewa tersebut. anggaran bayaran bulanan ke bank rm624 utk 15 tahun. walaubagaimana pun di akhir tahun ke 15 tetap menjadi hakmilik saya yg mutlak. adakah tindakan saya ini betul atau saya hanya menaggung hutang yg boleh dielakkan ( rm624-rm450= tangungan sebulan 174 x 180 bulan = 31,320.00)

Puan Salbiah (bukan nama sebenar)

Melalui emel yang dihantar.

———————————

Cik Puan,

Saya merasa bangga dengan kerajinan Puan membaca buku.  Saya masih mengingati Puan melalui pembelian satu demi satu buku saya selepas Puan benar-benar habis membaca buku tersebut.

Saya gembira dan berbangga apabila membaca emel Puan, ianya menandakan Puan seorang yang bijak dan kreatif. Tahniah saya bertambah suka apabila Puan membebaskan diri dari berfikiran sempit. Tahniah.

Puan, saya memerlukan maklumat saiz tanah itu, walaupun bagaimana saya memberi pandangan tanpa maklumat penting itu.

Jika dibuat 2 buah rumah berkembar dengan kos RM 60,000 adakah ianya berbaloi? Saya percaya dengan membuat rumah berkembar, dinding utama rumah disebelah dalam dapat dikongsikan untuk dua buah rumah, dan sewanya jika murah sedikit iaitu RM 300 sebuah ianya masih menghasilkan 2 buah rumah. Saya merasakan Puan perlu menghasilkan dua buah rumah.

Jika Puan memohon membuat pembiayaan pembinaan 2 buah rumah dengan bank di atas tanah itu, ansuran mana yang lebih murah?

Apa-apapun Puan, buat sembahyang Isthikarah bagi memilih pilihan mana yang terbaik yang Allah tentukan untuk Puan.

Syabas sekali lagi dari saya. Buat tinjuan rumah-rumah orang lain yang mengunakan sistem rumah berkembar yang dibuat bagi disewakan. Ingat ada kos pembinaan yang tidak meninggikan sewa dan nilai rumah. Pastikan Puan tidak membazirkan duit dengan membina apa yang tidak perlu, seperti kabinet dapur yang tidak akan menaikkan sewa ataupun harga rumah itu.

Shamsuddin Kadir

Emel : info@shamsuddinkadir.com

 

 

7 comments on “Pinjaman Peribadi Untuk Membina Rumah Sewa”

  1. Abdul Razak Bin Arshad Reply

    Assalamualaikum,

    Tuan SK,

    Saya juga nak minta pandangan.Insyaallah saya bercadang untuk membeli sebuah rumah untuk dijadikan TASKA .Ini adalah rumah kedua,memandangkan hasil daripada buku Buat Duit Dengan Rumah telah MEMBUAHKAN hasil yang menguntungkan(sewa lebih tinggi dari ansuran).
    Niat saya cuma untuk dijadikan TASKA disamping mendidik anak – anak saudara saya yang perempuan- seramai 3 orang yang betul-betul berminat dengan pendidikan kanak-kanak dan penjagaan orang tua tentang asam garam berniaga sambil MENDAPAT KEREDAAN ALLAH.
    Disamping mendidik anak-anak secara islamiah ,lambat laun rumah akan menjadi milik saya sepenuhnya serta mungkin dapat dijadikan ‘markas’ pertemuan semua ahli keluarga pada masa-masa tertentu.
    Cuma saya agak runsing tentang bayaran bulanan kepada bank yang mungkin lebih tinggi dari nilai sewa memandangkan rumah itu sudah semestinya yang bertanah.Tambahan pula umur saya sudah 38 tahun.
    Adakah elok kalau saya bayar pendahuluan rumah katakanlah sehingga 20%?

    Sekian,

  2. jai@jaigoku Reply

    Tuan,

    Bagus juga idea tuan untuk membuka TASKA. Saya berikan idea bisnes SOHO untuk blog ini iaitu bagaimana jika Tuan membina rumah Transit untuk tumpangan anak2 sekolah sementara menanti ibu bapa datang mengambil mereka selepas habis bekerja.

    Di dalam rumah transit ini anda boleh memberikan perkhidmatan penyediaan makanan, didikan agama atau lainnya dan juga perkhidmatan yang sesuai.. 🙂

    http://www.h2jbiz.com

  3. Abdul Razak Bin Arshad Reply

    Rumah transit?

    Bagus juga idea tuan/puan.Tak terfikir pulak saya..Cuma saya kena pastikan dari sudut undang-undang perniagaan.

  4. julia Reply

    adalah amat sukar untuk pihak bank meluluskan pinjaman untuk membina rumah, kerana dikhuatiri rumah tak siap….tapi wang pinjaman dah lesap…
    saya telahpun menghubungi beberapa buah bank, bank hanya meluluskan 50% daripada harga tanah utk dicagar…pinjaman pula memerlukan lukisan plan dan kelulusan majlis bandaran …(duit lagiii niee)…
    buat masa kini, saya sedang mengumpul seberapa maklumat yg diperlukan untuk membina rumah, termasuk personal loan dari bank-bank tempatan.
    saya telahpun memiliki 1 rumah sewa, semi _D, Alhamdulillah sudah 8 bulan ada org yg menyewa…masalah sikit-sikit tu biasa ler…

  5. jeriy Reply

    Saya tinggal berdekatan dengan kawasan perkilangan,permintaan rumah sawa di sini amat mengalakkan,saya ada sebidang tanah,ada hasrat untuk membina rumah sawe tetepi tidak mempunyai modal,saya pernah mencuba membuat pinjaman dari bank,tetapi tidak dapat,dikawasan tanah saya boleh membina 10 pintu rumah,sawe satu pintu rumah rm350 sebulan,di sini saya meminta tolong encik untuk mencari modal membuat rumah sawe.

  6. sufian Reply

    saya ada tanah di sungai buluh payah jaras saya buntu untuk membuat pijaman kerana saya tidak cukup dalam proses adakah ada jalan lain perlu saya lakukan .saya nak buat kerjasama mana2 pihak yang yang mampu dari segi kewangan .bagaimana cara tuan keluasan tanah suku setengah ekar lebar 88 panjang 416

  7. zue Reply

    salam, saya ada tanah atas nama ibu saya,di kg baru tanh itu terdapat 3 pintu rumah sewa, ikutkan boleh dapat dalam 4 pintu, ibu saya nak sangat merobohkan rumah yang lama dan bangun kan semula yang lebih baik.. ada yang memberi pandangan kpd sy supaya membuat loan dan buat 4 @ 5 tingkat bangunan utk rumah sewa. apa pendapat tuan ttg perkara ini.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *