Kesesakan Lalulintas Di Jalanraya Disebabkan Hutang

Benarkah jalan raya yang dibina dari satu ‘lane’ bertambah menjadi 2 ‘lane’ bertambah lagi menjadi 3 ‘lane’ tetapi keadaan kesesakan hanya ghaib sewaktu pembukaan ‘lane’ tambahan itu sahaja.?  Selepas beberapa bulan jalan itu kembali menjadi sesak.

Ianya berpunca dari bilangan kereta yang bertambah berkali-kali ganda lebih cepat berbanding pertambahan jalan raya. Jika jalan raya perlu dibina mengikut pertambahan bilangan kereta, semua permukaan tanah dan sungai di Malaysia hanya dilitupi oleh jalan raya sahaja.

Mabuk nafsu yang menjadi ketua mendahului senarai keutamaan, di mana selepas sebuah di ikuti sebuah lagi kenderaan yang di ambil dari kedai secara hutang. Nama di atas geran di tulis nama kita, tetapi pemilik sebenar adalah bank.

Jarang kita mendengar “Kereta ini mengunakan nama saya, tetapi hak miliknya masih XYZ bank, saya beli secara hutang, bayar secara ansuran”.

Kita biasa mendengar “Ini kereta saya punya, saya beli bulan lepas”.

Jika kerajaan menguatkuasa hanya kereta yang sudah habis pinjaman sahaja layak berada di atas jalan raya, sudah pasti tidak akan ada satu pun kesesakan lalulintas berlaku di Malaysia kecuali kemalangan.

Bilangan tempat letak kereta terlebih di sebabkan hanya kereta yang sudah menjadi hak milik sepenuhnya berada di atas jalan raya.

SK dalam proses bagi membuat sticker bagi diedarkan kepada Tuan dan Puan yang komited bagi memastikan kereta yang digunakan sekarang itu menjadi milik sepenuhnya dalam masa 1-2 tahun bagi kereta yang sudah dibayar ansuran melebihi 4 tahun dan ataupun kenderaan yang dibeli hanya mengunakan tempoh tidak lebih dari 4 tahun.

Sticker khas akan dikeluarkan dan diedarkan kepada Tuan dan Puan yang sudah memiliki geran kenderaan yang tertera hanya nama Tuan dan Puan dan bukan lagi menjadi “HAK MILIK DITUNTUT OLEH SK BANK BERHAD”.

Sticker ini masih dalam proses penambahbaikan, kepada Tuan dan Puan yang sudi memberikan candangan dan idea, kami dahulukan dengan ucapan ‘Saya Suka’.

Ini adalah di antara usahasama antara kita semua dengan www.shamsuddinkadir.com bagi menjadikan rakyat Malaysia iaitu kita sebagai manusia yang paling bebas stres kewangan no. 1 di dunia. Kita yang sudah memiliki bebanan hutang, memahami apa yang dimaksudkan dengan bebanan kewangan.

Sebenarnya banyak situasi yang tidak menarik apabila kita membawa kenderaan yang kita belum miliki sepenuhnya.

Adakah kita salah seorang dari penyumbang kesesakan lalulintas dengan memiliki lebih dari sebuah kereta hutang?

Adakah kita memiliki kereta hutang, dan terus menerus percaya memiliki kereta secara berhutang menambahkan rasa aman dan tenang dalam hidup?

Ya Allah sesungguhnya kami berlindung kepadaMu dari dibebani dengan hutang dan penindasan orang lain terhadap kami. Amin.

Shamsuddin Kadir

info@shamsuddinkadir.com

2 comments on “Kesesakan Lalulintas Di Jalanraya Disebabkan Hutang”

  1. MOHD FAIZAL TAJUL HUSHIN Reply

    saya setuju sangat2 banyak orang bercakap cara nak tangani jem tapi tak ramai nak membasminya.saya ada soalan macamaner pulak situasi saya buat loan peribadi membeli tunai kereta terpakai. hutang kereta selesai sebab tunai cuma saya tidak payah memikirkan kereta untuk ditarik lagi cuma kos penyelengaraan sahaja perlu difikir . bayaran peribadi di potong bulanan melalui angkasa jadi tak payah sakit kepala lagi.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Betul Tuan Faizal,

    Masalah kesesakan lalulintas adalah berpunca dari kita sendiri. Kereta yang dibeli dengan mengambil pinjaman melebihi 4 tahun adalah punca utama.

    1 bintang untuk Tuan apabila membeli kereta terpakai, kerana kereta terpakai mengurangkan kesesakan lalu lintas.

    Shamsuddin Kadir

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *