Dengan izin Allah, stesyen pembelajaran ataupun ‘Learning Station’ akan mula beroperasi dalam bulan Oktober ataupun November ini.
Pelbagai aktiviti sedang dirancangkan, dari program malam, hujung minggu dan sewaktu waktu pejabat.
Kami juga sedang berusaha bagi memastikan kursus-kursus pendek itu dapat dijayakan dengan kos yang minimum supaya setiap kursus itu dapat dihadiri oleh kita semua.
Learning Station adalah pusat bagi kita memilih ilmu dan kemahiran sebelum menghasilkan destinasi yang kita ingin tuju.
SK juga akan menyediakan bengkel-bengkel dan kursus pendek. Antaranya adalah :
1. Menguruskan Hutang Kad Kredit. Waktu : 8 – 10 Malam
2. Menguruskan pembiayaan Rumah dan Kereta : 8 – 10 malam
3. Mengenalpasti Barah Kewangan : Mengetahui tahap barah kewangan dalam hidup kita
4. Mengatur prinsip hidup : Supaya kewangan tidak terjejas
5. Cashflow untuk pengantin :
6. Pembangunan Kerjaya Hidup
7. Pembangunan Bisnes
Dan lain-lain…
7 comments on “Learning Station Akan Mula Beroperasi 2009”