Selamat Hari Merdeka Ke-51 Tahun

Selamat menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke 51. Ini bermakna sudah 51 tahun kita ‘merdeka’ iaitu bebas dari ‘dijajah’. Apakah erti kemerdekaan kepada kita jika walaupun kita di negara sendiri tetapi terpaksa menjadi ‘hamba’ kepada nafsu dan ‘hamba’ kepada hutang. Bebaskan diri kita dan keturunan kita yang seterusnya sehingga hari Kiamat daripada terjebak ataupun menangung bebanan akibat terpenjara akibat bebanan kewangan yang tidak perlu.

Selain daripada membebaskan diri kita, ahli keluarga kita, keturunan kita daripada ‘penjajahan’ era baru, kita juga ada tanggungjawab bagi membebaskan ‘saudara’ kita dari dijajah. Setiap orang Islam itu adalah bersaudara, bantu-membantu di antara satu sama lain, adalah sifat manusia sebenar.

Insyaa-Allah sebuah buku lagi yang sedang saya siapkan berkenaan dengan bagaimana ekonomi umat Islam dapat dibangunkan supaya semua umat Islam hidup dalam keadaan bersatu, tenang dan bahagian sepanjang hayat, Insyaa-Allah. Saya juga mengalu-alukan sebarang pandangan dan cadangan bagaimana kita dapat membangunkan ekonomi setiap muslim bagi memastikan kita dapat menguasai diri kita sendiri dan bukan dijajah.

Kita amat terbelakang di dalam menguasai ekonomi di dalam masyarakat kita sendiri. Semoga kehadiran buku itu nanti di pasaran mendapat sokongan Tuan dan Puan nanti. Semoga ianya menjadi amalan yang kita bawa ke akhirat nanti.

Salam kemerdekaan, bebaskan diri dari belenggu stres akibat kewangan diri.

6 comments on “Selamat Hari Merdeka Ke-51 Tahun”

  1. Roslan Reply

    Salam ramadhan buat tuan Sham!

    Apa azam tuan ramadhan ni? saya berazam nak menstruktur semula perbelanjaan harian. Maklumlah makan hanya 2 x sahaja dalam bulan Ramadhan ni. Yang penting ia tidak akan melebihi dari bajet hari-hari biasa, insyaallah

  2. kart Reply

    Assalamualaikum Tuan Sham dan Selamat Menyambut Bulan Ramadan Yang Mulia ini.

    Hari ini saya amat terharu dan gembira kerana mendapat sepasang baju kurung siap di jahit beserta dengan tudung dari sahabat saya sebagai hadiah kerana membantu beliau dalam menangani hutang kad kredit yang mencecah ribuan ringgit.

    Sebenarnya saya tak lah membantu sangat cuma saya pinjamkan beliau buku `Hidup Tenang Walaupun Berhutang’ agar beliau tidak buntu sangat dalam menangani masalah tersebut. Saya cuma memberi pandangan dan nasihat kepada beliau seperti pandangan dan panduan dari Tuan Sham dalam blog ini. Alhamdulillah sekarang sahabat saya dapat menjelaskan hutang kad kredit beliau secara ansuran yang tidak membebankan beliau sangat.

    Syabas Tuan Sham, buku Tuan Sham telah berjaya MEMERDEKAKAN diri saya dari berhutang dan membantu sahabat saya dari dibebani dengan hutang.

    Jutaan terima kasih Tuan Sham.

  3. Shamsuddin Kadir Reply

    Salam Tuan Zamri di atas ucapan yang amat baik itu, semoga ianya menjadikan kita lebih baik dari tahun lalu.

    Alhamdulilah, program book talk di Alamanda itu sangat menarik, saya ingin datang lagi pada bulan Oktober jika ada peluang.

  4. Shamsuddin Kadir Reply

    Salam Ramadhan juga kepada saudara Roslan,

    Azam saya sempena bulan Ramadhan ini untuk mengurangkan perbelanjaan di pasar Ramadhan dan menghadkan kepada 1 jenis kuih maksimun untuk sehari.

    Saya doakan semoga impian saudara itu tercapai dengan jayanya. Amin.

  5. Shamsuddin Kadir Reply

    Waalaikummusalam saudari, Kart

    Itu adalah hadiah termasuk di dalam ‘kebaikan yang datang mendadak’.

    Saya juga turut bersyukur dengan pengalaman dan ilmu yang diperolehi dari semua tetamu, rakan…dan yang terutama keredhaan Allah memampukan buku ‘merdeka hutang’ terbit di pasaran.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *