Apabila kita ingin memastikan bebanan kewangan kita ketika ini tidak berulang lagi ataupun memastikan ianya tidak akan berlaku adalah dengan melihat sehingga hujung dunia. Kehidupan dari waktu kita kanak-kanak, meningkat remaja, dewasa, tua dan mati.
Cara paling mudah adalah dengan memastikan kita ada kawan yang tergolong dalam setiap kumpulan tersebut. Ianya akan memberikan kita 1001 panduan dan peringatan tentang bagaimana kita perlu lakarkan kehidupan yang penuh bahagia dan tenang.
Kita dapat lihat individu ataupun keluarga yang suka menukar-nukar kereta selang beberapa tahun dengan meneruskan pinjaman baru, kebanyakkan dari mereka terpaksa memandu kereta yang sama mulai umur mencecah 49 tahun. Mereka terpaksa memandu kereta itu sehingga mereka meninggal dunia. Berakhir dengan kereta yang mungkin sudah tidak selesa dengan keperluan.
Individu yang terus menerus menjadikan skim ansuran mudah sebagai sebahagian dari kehidupan majoritinya berakhir dengan mati meninggalkan bebanan hutang.
Individu yang terus menerus mengejar kemewahan dengan rasuah, riba, cara yang salah akan menerima musibah ‘dosa’ itu sebelum mereka mati.
Apabila ingin hidup, kaji, teliti apa yang akan berlaku di hujung dunia kita. Kaedah mengurus wang, mengawal perbelanjaan adalah berdasarkan prinsip masing-masing. Tidak ada salah apabila kaedah berbelanja Tuan dan Puan berbeza dengan saya, apa yang penting adalah kita ada prinsip yang betul dan halal di sisi Allah.
Hidup di dunia ini adalah bagi mencari nilai iaitu ‘matawang’ untuk membeli ataupun memiliki keperluan di dunia yang kekal abadi iaitu Akhirat. Bagi mencapainya hiduplah dengan penuh keberkatan. Iaitu :
- Jika membeli barangan keperluan rumah, beli secara tunai ataupun dengan mengunakan duit sendiri bukannya berhutang.
- Jika membeli kereta ataupun rumah, beli mengunakan pembiayaan yang dibenarkan oleh Allah iaitu pembiayaan Islamik. Tempoh pembiayaan kereta mestilah kurang dari 5 tahun. Tempoh pembiayaan rumah untuk di diami sendiri sebaiknya tidak lebih dari 20 tahun.
- Setiap bulan menyumbang 3% dari pendapatan ataupun sekurang-kurangnya membuat sumbangan bulanan kepada rumah anak yatim ataupun rumah orang tua secara tetap dan berterusan.
- Melakukan perbelanjaan yang Allah suka dan tidak menjatuhkan ataupun merendahkan saudara mara dan jiran kita.
- dan lain-lain (akan disambung apabila dipermudahkan oleh Allah).
Shamsuddin Kadir
Trainer, Author, Reader & Listener
Emel: Info@shamsuddinkadir.com
2 comments on “Merancang Kehidupan Sehingga Hujung Dunia”