Salam,
Antara dengan beli rumah dan sewa rumah pada masa bujang, mana yang lebih menguntungkan? Bagaimana pula, bila yang baru berkahwin?
Terima kasih
ZI
—————————————–
Salam saudara ZI,
Terima kasih di atas pertanyaan yang bagus.
Bila kita patut beli rumah, sebelum ataupun selepas berkahwin. Mengikut kajian perempuan ataupun isteri lebih menghormati lelaki yang ada harta bujang seperti rumah. Harta bujang seperti rumah ataupun tanah yang dibeli oleh individu bernama lelaki amat di sanjungi oleh bakal isteri kerana ianya menunjukan bakal suaminya seorang yang bijak dan berfikir tentang masa hadapan. Bukan sahaja bakal isteri yang kagum, ibubapa mertua juga melihat bakal menantunya adalah orang yang matang kerana berfikir untuk hari tua.
Memiliki harta seperti kereta, tv, radio, komputer, handphone canggih, laptop tidak termasuk di dalam harta bujang yang memikat naluri sebenar isteri. Ini bukannya bererti lelaki yang tidak ada rumah itu tidak pandai dan bijak, cuma ianya memberikan kredit kepada lelaki yang memilikinya.
Itu jika kita lihat dari sudut pandangan wanita dan bakal ibubapa mertua kita. Bagaimana pula dengan pandangan diri kita sendiri?
Jika ada kemampuan dan kita tidak akan berpindah melebihi 70 km contohnya, di masa hadapan, adalah amat sesuai kita membuat pelaburan. Ada banyak lagi isu yang kita perlu fikirkan. Rujuk kepada buku Kaya Dengan Rumah.
Akan tetapi rumah pertama yang bagus untuk dibeli adalah rumah perlaburan dan bukannya rumah indaman. Saya menyarankan seramai yang mungkin individu yang bergelar lelaki dan juga perempuan bagi memiliki telaga emas dengan memiliki rumah perlaburan.
Jika ketika ini kita tidak ada duit bagi membayar duit muka dan kos peguam, gunakan peluang untuk menyewa terlebih dahulu. Sebaiknya bagi individu yang masih bujang, beli sebuah rumah perlaburan, sewakan sebahagian bilik dan pastikan anda dapat menjelaskan ansuran rumah bulanan dengan mengenakan sewa ke atas setiap kawan anda yang lain yang tinggal menyewa di rumah anda itu. Ini bermaksud, anda tinggal di rumah anda itu secara percuma.
Itu adalah maklumat secara ringkas yang saya dapat sediakan. Kepada saudara yang sarankan bagi memahami setiap bab yang dimaksudkan di dalam buku Hidup Tenang Walaupun Berhutang, Makan Gaji Tetapi Kaya terlebih dahulu. Jika sudah membacanya saudara boleh memiliki buku Kaya Dengan Rumah dan Buat Duit Dengan Rumah.
Emel : info@shamsuddinkadir.com
Membina Dimensi Sebenar!
2 comments on “Antara Beli Dan Sewa Rumah”