Diari SK : Bengkel English Sure Boleh

Pada pagi Jumaat  saya bergegas ke seksyen 7 Shah Alam, atas jemputan  sahabat baik Tuan Osman Affan (rakan trainer) bagi mengikuti bengkel English Sure Boleh. Bengkel separuh hari ini yang bermula pada pukul 9 pagi di anjurkan oleh English SeminarCoach Ridz dan Coach Sha yang saya kenali pada kali pertama di bengkel Train of trainers (TOT) yang dijayakan oleh Tuan Osman Affan pada awal tahun yang lalu.

Bengkel English Sure Boleh dijayakan untuk  untuk guru tadika di Akademi Irsyadiah, seksyen 7 Shah Alam. 

Saya sebenarnya datang sebagai pemerhati, tetapi turut menjadi peserta program ini. Selepas mengikuti program English Sure Boleh, saya mendapati program ini adalah program ‘wajib’ untuk diikuti oleh setiap ibubapa, guru tadika dan setiap individu yang masih merasakan dirinya ada kekurangan di dalam berkomunikasi di dalam bahasa Inggeris. 

Jika diberikan penilaian secara keseluruhan program 4 jam yang saya ikuti tadi, saya memberikan 9.9  daripada markah penuh 10.

Jika diberikan peluang oleh Coach Ridz dan Coach Sha, saya ingin datang lagi program yang amat menyeronokkan ini.

Apa yang paling mengejutkan saya adalah apabila mendapat tahu mereka mengenakan yuran RM50 seorang sahaja. Bagi saya kursus ini bernilai jauh lebih tinggi daripada harga RM50 itu. Bag ‘goody’ yang diberikan juga penuh dengan aksesori yang percaya kita mungkin tidak dapat sebanyak ini walaupun membayar RM 200 seorang.

Kepada yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang program-program yang di anjurkan oleh Coach Ridz da Coach Sha boleh melayari www.englishguru.com.my .

Di sini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas peluang yang diberikan bagi menghadiri bengkel English Sure Boleh, terima kasih Coach Ridz dan Coach Sha. Saya ingin datang lagi…

Gambar dalam halaman ini disalin dari www.motivasibelajar.com (Halaman Tuan Osman Affan).

Kemahiran yang dipelajari di dalam sesi ini memastikan kita tidak perlu dibebani kos yang melampau bagi mendidik anak dan diri kita pandai berkomunikasi dalam bahasa mat salleh.

3 comments on “Diari SK : Bengkel English Sure Boleh”

  1. norlila Reply

    Syukur, masih ada insan/organisasi yang ikhlas mendidik tanpa mengenakan kos yang melampau. Mudah-mudahan ia mendapat keberkatan. Jika ada peluang saya sangat berminat untuk turut sama menjadi peserta.

  2. coachsha Reply

    Salam Tuan SK,

    Subhanallah! All good things are from Allah Ar Rahman, Ar Rahiim.

    Thank you for taking part in the playshop. Bukan sahaja hadir dan duduk memerhati, malah turut ambil bahagian dengan sporting dan selamba sekali.

    It was an honour having you and Mr Osman there.

    Keep in touch!
    Wassalam.

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *