Apabila setiap kali sebelum kedatangan bulan puasa, ramai individu yang bergelar lelaki dan suami merancang bagi mengurangkan perbelanjaan di atas tiket berpuasa. Manakala sebahagian besar wanita ataupun isteri sudah sibuk bagi membuat tempahan beberapa baju yang akan dipakai sepanjang hari raya nanti. Wanita juga sudah sibuk bagi menempah kuih-kuih raya dan juga senarai barangan yang perlu ditukar bagi menyambut hari raya.
Di dalam entri pada kali ini, kita hanya membincangkan tentang perbelajaan untuk bulan puasa iaitu kos bagi membuka puasa dan bersahur.
Bilakah waktu sesuai bagi kita menyediakan senarai makanan dan minuman yang akan dibeli di pasar Ramadhan untuk berbuka dan bersahur?
Kepada yang memasak sepenuhnya tanpa membeli dari pasar Ramadhan, tahniah untuk saudara/i di atas kejayaan dan kemampuan menguruskan semua keperluan ‘terdesak itu’, tahniah sekali lagi.
Waktu terbaik bagi menyediakan senarai itu adalah ketika selesai menikmati juada bersahur. Ini kerana di waktu ini, selera kita berkurangan, membuat senarai dalam keadan tidak berlabar dan dalam keadaan tiada mood merendahkan lagi keinginan kita yang tidak terbatas itu. Apabila kita pergi keesokan bagi membeli apa yang telah disenaraikan, disiplinkan diri kita agar hanya membeli apa yang telah ditetapkan. Jangan beli sesuatu makanan ataupun minimun yang tiada di dalam senarai.
Jangan terpengaruh dengan lambakan kuih muih yang terlalu banyak itu. Apabila kita menentukan barangan makanan yang ingin di makan pada petang hari, sudah basti ketika perut merasa lapar, ketika teringin untuk makan semua jenis makanan yang ada dijual.
Sebaiknya cuba bagi menyediakan sebahagian daripada juadah berbuka dan bersahur sendiri jika larat. Kebanyakan dengan pasangan yang masing-masing bekerja memilih untuk membeli makanan dan minuman untuk berbuka.
Elakkan daripada berbuka di luar kerana ianya bukan sahaja menambahkan perbelanjaan, kita juga mungkin tidak mempunyai waktu bagi turut serta menunaikan solat terawih berjamaah. Bukan sahaja duit yang kita habis, pahala terawih juga melayang. Jika kita teringin berbuka beramai-ramai, jemputlah saudara mara kita ataupun sahabat handai ataupun jiran bagi berbuka puasa di rumah kita.
Elakkan dari membazir dengan membeli ataupun membuat pelbagai jenis minuman, hadkan kepada maksimun 2 jenis sahaja, itupun sudah di kira membazir. Adakah kita perlu makan di hotel ataupun di restoran makan segera bagi meningkatkan semangat juang kita berpuasa?
Senarai yang dibuat ketika waktu bersahur, menyelamatkan kita dari dibenani dengan hutang yang tidak perlu.
Saya mengalu-alukan pandangan daripada suadara/i bagi membuatkan persiapan menghadapi Tetamu yang di Rindui.
3 comments on “Persiapan Menyambut Tetamu Yang Dirindui”