Mencari Keberkatan Bulan Ramadan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semoga Allah memberi peluang kepada kita sekali lagi untuk bertemu dengan Ramadan. Seorang hamba Allah yang menghabiskannya masanya di dunia dengan mempromosikan kebesaran Allah telah dijemput pulang oleh Allah hanya beberapa hari sebelum kedatangan Bulan Ramadan ini. Beliau adalah saudara Asri – Rabani. Alhamdulilah, insyaa-Allah kita diberi peluang untuk melalui bulan Ramadan sekali lagi. Adakah di tahun-tahun akan datang kita akan diberi peluang lagi oleh Allah? Ataupun Ramadan ini bakal menjadi yang terakhir dalam hidup ini?

Di sini SK ingin memohon maaf di atas segala kesalahan ataupun segala apa yang membuatkan Tuan dan Puan rasa tidak selesa dengan saya. Maafkan saya.

Sepanjang menulis buku, menulis di entri dalam blog ini, bercakap, berceramah, menjayakan kursus, niat saya adalah supaya apa yang dikongsikan itu meningkatkan lagi kebahagiaan kita di dunia dan di akhirat (tempat yang kekal selama-lamanya). Walau bagaimanapun, ada perkataan yang tidak sesuai digunakan telah digunakan oleh saya secara tidak sedar.

Maafkan saya.

Jika Tuan dan Puan yang mana merasakan ada kebaikan dalam usaha kita ini, semoga usaha-usaha ini dapat diteruskan oleh Tuan dan Puan di mana sahaja kita berada.

Semoga kita dapat membuat kebaikan berlipat kali ganda pada bulan Ramadan ini.

Salam Ramadan.

Shamsuddin Kadir

Emel: info@shamsuddinkadir.com

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *