Saya Suka, Saya Pun Suka, Saya Sangat Suka

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Syukur kursus 2 hari ‘Menangani Masalah Secara Kreatif dan Berkesan’ akhirnya selamat dijayakan di Hotel Shangri La, Kota Kinabalu, Sabah. Usahasama Ultra Mind Resources dan Pembangunan Sumber Manusia Berhada cawangan Sabah. Terima kasih Tuan Rony (Pengurus PSMB Sabah & Labuan) dan kakitangannya Cik Puan Tina dan Cik Puan Siti.

Seramai 9 peserta dari 4 syarikat yang berlainan termasuk syarikat Oil & Gas, Logistik, Pemprosesan Mee, Perhotelan dan lain-lain. Mereka adalah

1. Cik Puan Salamah
2. Tuan Justin Leong
3. Tuan Sim Ben Hua
4. Tuan Ritchie Bin John
5. Tuan Ferrer Roy B Jonuin
6. Tuan Simon Junior
7. Tuan Noice Bin Sentahim
8. Tuan Glen Junior
9. Cik Puan Marina Octovia Tivit

Semua peserta menonjolkan prestasi hebat sepanjang 2 hari ini dengan mengambil bahagian dari semua latihan dan aktiviti.

Ianya dapat disimpulkan melalui kata-kata mereka diakhir program pada petang ini iaitu :

“Saya akan mengikuti apa sahaja program yang dijalankan oleh Tuan Shamsuddin Kadir. Semoga Tuhan merahmati beliau dengan segala tunjuk ajar yang telah diberikan. Terima kasih Tuan. Datang lagi ke Sebah!.” Cik Puan Marina Octavia Tivit

“Syok, hebat, tersenyum sentiasa ‘think out from the box” Tuan Glen Junior ESSOIL RESOURCES SDN BHD, Kota Kinabalu.

“Saya suka, kursus ini adalah yang pertama kali saya ikuti semenjak saya bekerja. Memang baik dan betul-betul HO LIAW” Tuan Sim Ben Hua

“Ia sangat memuaskan kepada saya” Cik Puan Salamah Yasadai

“Hebat. Saya suka dan enjoy, x boring. Kalau boleh nak belajar dengan Tuan yang baik Shamsuddin Kadir.” Tuan Simon Junior Lin

“Saya sangat suka cara kursus ini, saya suka” Tuan Noici Bin Sentahim

“Sangat bagus dan saya rasa bersyukur kerana diberi peluang mengikuti kursus ini dan saya tidak mungkin akan teragak-agak untuk mengikuti kursus ini  jika diberi peluang lagi, walaupun sekalipun kursus yang diadakan.” Tuan Justin Leong

“Kursus ini amat bermakna bagi semua yang mengikuti, kalau ada peluang saya amat berbesar hati mengikutnya lagi” Tuan Ferrer Roy

“Kursus ini adalah kursus yang sangat berkesan untuk memupuk peserta dalam menangani masalah secara kreatif” Tuan Ritchie

“Program ini bagus dan berfaedah untuk semua peringkat jawatan dalam sebuah syarikat” Tuan Glen Junior

 

“Kursus in sangat berkesan kepada saya dan saya berasa tenang, lebih berkeyakinan tinggi untuk menghadapi apa jua situasi di masa akan datang. Tuan Sim Ben Hua

 

Apa yang boleh kami perbaiki / tingatkan :

1. Cuma masa yang tidak mencukupi untuk kursus ini – Tuan Sim Ben Hua

2. Tidak banyak nak saya katakan, cuma tambah hari atau kursus latihan. Tun Simon Junior

3. Semuanya berkesan dan boleh difahami dengan mudah Tuan Ritchie

4. Panjangkan lagi masa kursus ke 3 hari Tuan justin Leong

Terima kasih kepada semua peserta, semoga apa yang kita pelajari secara bersama itu meningkatkan lagi keupayaan kita bagi menangani masalah ‘situasi’ yang menjelma dalam kehidupan kita seharian.

Tahniah dan Syabas.

Dengan izin Allah saya akan ke Sabah lagi. Di akhir program Tuan Rony memaklumkan kami ingin buat lagi kursus usahasama ini dalam masa terdekat.

Khamis 20 Ogos 2009, SK akan pulang ke Kuala Lumpur.

2 comments on “Saya Suka, Saya Pun Suka, Saya Sangat Suka”

  1. MBA Reply

    Salam Tuan;

    Pada hemat saya, gelaran “Tuan” untuk lelaki (bujan atau berkahwin) adalah wajar.
    Gelaran “Cik” adalah bagi wanita bujang
    Gelaran “Puan” adalah bagi wanita bersuami
    Gelaran “Cik Puan” tidak wujud

    Wallahualam.

  2. Shamsuddin Kadir Reply

    Salam Tuan,

    Terima kasih di atas kesudian Tuan memberi pandangan.

    Gelaran Cik Puan itu diwujudkan oleh pakar bahasa iaitu Cik Puan Ainon Mohd. Tuan Zamri Mohamad juga ada mengulas berkenaan ‘Cik Puan’ di dalam Facebook seperti mana yang dimaklumkan oleh Puan Ainon.

    Kursus di atas salah satu dari aktiviti yang peserta perlu lakukan adalah menjadikan setiap perkataan itu ada Ketampanan @ Kejelitaan Sosial.

    Cik Puan digunakan ketika ini secara rasmi seperti Cik Puan Aishah, Cik Puan Julita (Pahang), Cik Puan Zara (Perak).

    Mengikut kajian, individu yang memiliki ketampanan ataupun kejelitaan sosial adalah individu yang mempunyai banyak pengikut. Di mana walaupun mereka bekerja sebagai kerani sahaja, tetapi ramai ingin menjadi pengikutnya.

    Pengunaan gelaran Cik Puan telah saya gunakan sejak lebih kurang 2 tahun yang lalu. Kesannya amat-amat menakjubkan.

    Cik Puan itu maksudnya untuk wanita yang bercita-cita dan mempunyai impian yang baik dan bagus.

    Terima kasih sekali lagi Tuan MBA, kerana sudi membicarakan tentang gelaran itu. Saya amat menghargainya.

    SK

Leave A Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *